Berita Harian

Peluang Bottas capai impian

Mahu lakar sejarah rakyat Finland ke-4 juarai F1

-

Valtteri Bottas hanya berusia enam tahun ketika dia memulakan perlumbaan go-kart, seorang budak Finland yang mengimpika­n untuk memenangi gelaran Formula Satu (F1).

Impian itu semakin hampir menjadi realiti apabila dia menyertai Mercedes AMG PRETRONAS bermula di Grand Prix Australia, hujung minggu ini sebagai rakan sepasukan Lewis Hamilton.

Januari lalu, pengeluar dari Jerman itu mengambil Bottas untuk menggantik­an juara dunia Nico Rosberg yang bersara dan memberikan pemandu berusia 27 tahun itu “peningkata­n” kuasa kuda yang diperlukan untuk menjadi rakyat keempat Finland untuk memenangi kejuaraan dunia F1.

Bapa Rosberg dari Finland, Keijo “Keke” Rosberg, menjadi juara pada 1982, diikuti Mika Hakkinen pada 1998 dan 1999, dan Kimi Raikkonen pada 2007.

Dilahirkan pada 28 Ogos, 1989 di Nastola, sebuah tasik kecil di kawasan sekeliling komuniti dikeliling­i hutan luas di selatan Finland, Bottas mengasah kemahiran memandunya di atas jalan berlumpur dan diliputi ais.

Salah seorang individu terulung Finland dalam sukan permotoran, juara dunia rali Ari Vatanen, menyifatka­n Bottas sebagai individu yang “boleh dipercayai” dan seseorang yang anda mahukan dalam pasukan.

Hubungan baik

“Dia seorang yang analitikal dan tenang. Boleh dipercayai tanpa ada sifat gah, seorang yang bermula daripada bawah,” kata Vatanen kepada AFP.

Selepas menamatkan pendidikan asas, Bottas mempelajar­i teknikal kereta di sekolah vokasional dan meneruskan karier perlumbaan dalam masa sama. Pada 2009, ketika berusia 19 tahun, pemandu berbakat itu sudah bersaing dalam kejuaraan Formula 3.

“Apabila kamu berjaya menjadikan­nya kenyataan... satu pasukan yang berada di kemuncak, memenangi kejuaraan dan berpeluang untuk menang, selebihnya hanya terpulang kepada kamu,” kata bekas juara, Mika Hakkinen.

Mercedes memenangi tiga kali gelaran kejuaraan pengeluar sejak 2014, berkata mereka berharap akan ada hubungan baik antara Bottas dan juara dunia tiga kali British, Lewis Hamilton.

“Saya pasti kami akan menjadi rapat dan kami akan meletakkan tekanan antara satu sama lain,” kata pemandu bermata biru dari Finland itu selepas menyertai pasukan berkenaan.

 ??  ?? Bottas sedia harungi musim baharu bersama pasukan Mercedes AMG PRETRONAS.
Bottas sedia harungi musim baharu bersama pasukan Mercedes AMG PRETRONAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia