Berita Harian

‘Conte tak balik kampung’

Courtois yakin pengurus itu kekal di Stamford Bridge di sebalik minat Inter Milan

-

̌

Penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois yakin perbincang­an kontrak membabitka­n ketua jurulatih, Antonio Conte akan menemui penghujung yang menggembir­akan.

Conte tiba di Stamford Bridge dengan kontrak tiga tahun musim ini dan pengurus dari Itali itu membuktika­n kemampuann­ya dengan The Blues ketika ini memiliki kelebihan 10 mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Prestasi yang ditampilka­n jurulatih berusia 47 tahun itu meningkatk­an reputasiny­a dan di sebalik laporan yang mengatakan kelab Itali, Inter Milan berminat menggunaka­n khidmatnya, Courtois berkata Conte akan kekal di London.

“Segala cakap-cakap itu mungkin hanya khabar angin, saya tidak tahu,” kata Courtois. “Tetapi, dia penting kepada kelab dan saya fikir kelab mengetahui­nya, jadi mereka akan melakukan apa saja untuk mendapatka­n penamat yang gembira.

Jangan mengalah

“Mungkin liga akan menjadi lebih sukar pada musim depan. Ia bergantung kepada pasukan lain namun saya fikir pada musim depan kami akan beraksi di Liga Perdana dan juga Liga Juara-juara. Jadi ia tidak mengapa.”

Courtois dalam pada itu mengakui setiap tindak tanduk dan sikap unik yang ditunjukka­n Conte di tepi padang membuatkan pemain menjadi lebih bersemanga­t.

“Kamu dapat melihatnya menjerit di tepi garisan dan memberikan kami arahan sebagai satu pasukan dan ia memberikan kami sebagai pemain perasaan yang baik di atas padang supaya jangan mengalah.

“Dia adalah pengurus yang memiliki begitu banyak semangat dan dia sentiasa baik dengan semua pemain dan bagus untuk mendapat pengurus yang rapat dengan kami.”

 ??  ??
 ??  ?? Conte ceria selepas Gary Cahill (tengah) ledak gol kedua Chelsea ketika benam Stoke 2-1 di Stadium Britannia.
Conte ceria selepas Gary Cahill (tengah) ledak gol kedua Chelsea ketika benam Stoke 2-1 di Stadium Britannia.
 ??  ?? Antonio Conte gembira di Chelsea.
Antonio Conte gembira di Chelsea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia