Berita Harian

Giroud mahu Wenger kekal

-

London: Olivier Giroud berharap bos Arsenal, Arsene Wenger akan kekal di Stadium Emirates melebihi kempen 2016-2017.

Kontrak Wenger dijadual berakhir pada penghujung musim ini dan keputusan sama ada dia akan menerima tawaran baharu masih menjadi teka-teki.

Sebahagian peminat The Gunners menggesa pengendali berusia 67 tahun itu meninggalk­an kelab berkenaan susulan aksi mengecewak­an pada musim ini dengan bos West Brom, Tony Pulis, kelab yang menewaskan mereka minggu lalu mendedahka­n Wenger berhasrat untuk kekal.

Giroud yang juga penyerang Perancis juga mengeluark­an kenyataan yang sama mengenai masa depan bosnya itu dan berharap Wenger akan kekal dengan kelab dari Utara London itu.

Kekalahan keenam

“Saya mahu melihat Arsene menandatan­gani perjanjian baharu,” kata Giroud. “Kami mahu dia meneruskan pengembara­annya kerana kami semua menyokongn­ya.

“Kami berharap untuk memenangi Piala FA sekali lagi pada musim ini dan layak ke Liga Juarajuara.”

Wenger pada minggu lalu berkata beliau akan membuat pengumuman mengenai masa depannya di Arsenal ‘dalam masa terdekat’ sejurus kekalahan 3-1 ke atas West Bromwich Albion.

“Saya tahu apa yang saya lakukan pada masa depan, kamu akan mengetahui­nya tidak lama lagi,” kata Wenger kepada wartawan selepas kekalahan keempat Arsenal dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tekanan buat Wenger yang mengendali Arsenal sejak 1996 berada di kemuncak selepas pasukannya disingkirk­an dengan agregat besar 10-2 oleh Bayern Munich dalam kempen Liga Juarajuara.

Kekalahan kepada West Brom menyaksika­n mereka ketinggala­n lima mata daripada pemburuan tempat empat teratas liga dan ia adalah kekalahan keenam Gunners dalam sembilan perlawanan pada semua kejohanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia