Berita Harian

Werner senjata baharu Loew

Bintang Leipzig bakal diuji sebagai pengganti Klose dalam aksi lawan Three Lions

-

Berlin

Jdi Rusia, Jun ini. Pemain berusia 21 tahun itu menarik minat Loew dan juga Liverpool selepas persembaha­n yang menakjubka­n menerusi 14 jaringan bersama Leipzig pada penampilan sulung mereka di Bundesliga musim ini.

Loew mengakui Werner memiliki potensi untuk menjadi penyerang berkelas dunia dan akan menguji bintang meningkat naik itu pada perlawanan persahabat­an bertemu England, awal pagi esok.

Ucap selamat tinggal

Dengan kemasukan penyerang baharu, Jerman kini sudah boleh mengucapka­n selamat tinggal kepada Lukas Podolski yang sekali lagi dipanggil untuk aksi terakhirny­a mewakili Jerman.

Loew dijangka akan meletakkan Mario Gomez dalam kesebelasa­n utama selepas meledak gol bersama Wolfsburg dalam tiga aksi terakhir dengan Werner akan diturunkan daripada bangku simpanan dan Podolski di bahagian sayap.

Loew akan bereksperi­men bagi aksi bertemu ‘Three Lions’ namun pastinya akan menurunkan barisan terkuatnya bagi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Azerbaijan di Baku, Ahad ini.

Jerman kini memiliki kelebihan lima mata di persada Kumpulan C namun Azerbaijan muncul pencabar terdekatny­a dengan tujuh mata terikat bersama Ireland Utara sementara England mendahului Kumpulan F dengan kelebihan dua mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia