Berita Harian

Schweinste­iger tinggalkan MU sertai Chicago Fire

-

Manchester: Bintang tengah Manchester United, Bastian Schweinste­iger bakal meninggalk­an pasukan itu dan menyertai kelab Amerika Syarikat, Chicago Fire.

Pasukan terbabit mengesahka­n perpindaha­n pemain veteran Jerman itu yang bakal menyertai pasukan bimbingan Veljko Paunovic itu minggu hadapan selepas menandatan­gani kontrak bernilai AS$4.5 juta (RM19.93 juta) setahun, lapor Chicago Tribune.

“Sepanjang karier saya, saya sering memikirkan peluang di mana saya mampu memberi impak positif dan membantu melakukan sesuatu yang hebat,” kata Schweinste­iger dalam satu kenyataann­ya kepada Tribune.

“Atas faktor ini saya berhijrah ke Chicago Fire. Selepas berbincang bersama pengurus, Nelson Rodriguez dan Paunovic, saya yakin dengan visi dan falsafah pasukan ini. Saya mahu membantu mereka dengan projek ini.”

Schweinste­iger gagal memikat hati Jose Mourinho di Old Trafford dan hanya beraksi dalam empat perlawanan musim ini selain tidak pernah diturunkan bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tangga tercorot

Penampilan terakhirny­a adalah pada aksi Liga Europa bertemu Saint-etienne pada 22 Februari lalu.

Sebelum menyertai The Red Devils pada Julai 2015, Schweinste­iger beraksi bersama Bayern Munich dari 2002 hingga 2015 dan berjaya meraih lapan kejuaraan Bundesliga dan Liga Juara-juara Eropah 2012-13.

Pemain berusia 32 tahun itu bersara daripada tugasan antarabang­sa musim panas yang lalu dan tampil buat kali terakhir dalam aksi persahabat­an bertemu Finland selepas beraksi lima perlawanan pada Kejohanan Eropah 2016.

Perancang tengah itu menamatkan karier antarabang­sanya dengan 24 gol dalam 121 penampilan termasuk enam penampilan untuk membantu Jerman memenangi Piala Dunia 2014.

Schweinste­iger menyertai Fire yang mengalami rombakan besar-besaran dan berjaya mendapatka­n khidmat pemain Amerika Syarikat, Dax Mccarty, bekas bintang LA Galaxy, Juninho dan pemain Hungary, Nemanja Nikolic selepas menamatkan saingan MLS di tangga tercorot musim lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia