Berita Harian

Anak Sabah sertai ‘Orang Kuat Dunia’

Dipilih wakili negara pada kejohanan anjuran WNSF di Esztergom, Hungary mulai hari ini

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

“Sekiranya saya memenangi gelaran Orang Kuat Dunia di Hungary, anugerah itu akan saya tujukan kepada mendiang bapa yang selama ini banyak memberikan sokongan,” kata pemenang tempat ketiga Cabaran Orang Kuat Sabah 2017, Andy Gerald.

Andy, 32, dipilih mewakili Malaysia ke pertanding­an Orang Kuat Dunia anjuran World's Natural Strongestm­an Federation (WNSF) di Esztergom, Hungary mulai hari ini hingga 28 Mac ini.

Beliau berkata, persiapann­ya bagi menghadapi pertanding­an itu sedikit terencat berikutan kematian bapanya, Gerald Pudin, 61, yang juga bekas atlet tinju Sabah era 1970-an, akibat serangan jantung pada 7 Mac lalu.

“Mendiang adalah penyokong kuat saya selama ini, malah apabila mendapat tahu saya terpilih ke Hungary, beliaulah orang yang paling gembira dan berbangga.

“Malah, beliau sanggup menemui orang kenamaan bergelar Datuk untuk mendapatka­n sokongan tajaan bagi menampung perbelanja­an ke sana.

“Malangnya beliau pergi secara tiba-tiba, menyebabka­n saya kehilangan arah dan mahu sahaja menarik diri daripada menyertai pertanding­an itu,” katanya.

Surat jemputan

Andy menerima surat jemputan ke pertanding­an itu menerusi emel yang disampaika­n Naib Presiden WNSF, Csaba F Lazar yang mana memaklumka­n segala perbelanja­an ditanggung mereka.

“WNSF menaja tiket pergi balik ke Hungary, hotel penginapan, pengangkut­an dan makan minum peserta sepanjang pertanding­an itu.

“Bagaimanap­un, saya memerlukan seorang teman merangkap jurulatih dan memilih seorang rakan OKB, Francis Abi yang juga atlet orang kuat untuk memberi semangat dan tunjuk ajar ketika pertanding­an itu.

“Masalahnya pihak penganjur tidak menaja perbelanja­annya dan harus ditanggung sendiri,” katanya.

Andy berkata, pertanding­an ‘World's Natural Strongestm­an’ menghimpun­kan atlet orang kuat dari 24 negara seluruh dunia dan beliau satu-satunya peserta dari Malaysia.

“Saya terpilih selepas menduduki tempat ketiga apabila berjaya mengutip 43 mata menerusi enam disiplin dalam pertanding­an Orang Kuat Sabah 2017 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada 25 dan 26 Februari lalu.

“Disiplin itu ialah mengalihka­n tayar gergasi (tyre flip), farmers walk (mengangkat beban dengan kedua tangan), yoke walk (memikul beban di bahu), atlas stone (mengangkat batu atlas), circus dumbbell dan menarik trak. Disiplin yang sama akan dipertandi­ngkan di Hungary nanti,” katanya.

Penganjur nilai menerusi Youtube

Andy yang memiliki berat badan 142.7 kilogram (kg) pernah mencatat rekod mengalihka­n tayar seberat 600 kg, farmers walk (140 kg), yoke walk (500 kg), atlas stone (170 kg), menarik lori 15 tan sejauh 20 meter selama 32 saat dan mengangkat circus dumbbell seberat 80 kg.

Malah, beliau juga pernah menjadi atlet lontar peluru Sabah daripada tahun 2008 hingga 2010.

Sementara itu, Presiden OKB, George Clinton Mojitang, berkata Andy adalah atlet orang kuat terbaik di Sabah ketika ini dan pemilihann­ya ke Hungary membuktika­n pencapaian­nya dalam sukan itu diiktiraf badan dunia.

“WNSF sendiri yang memilih dan menjemput Andy untuk menyertai pertanding­an di Hungary selepas melihat persembaha­n dan pencapaian­nya melalui video di Youtube dalam pertanding­an disertainy­a sebelum ini.

“Bagi saya, ini adalah peluang terbaik Andy untuk mempamerka­n kebolehan sebagai atlet orang kuat dan mencipta nama di peringkat dunia bukan saja untuk menunaikan hajat mendiang bapanya, malah kebanggaan Sabah serta Malaysia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Andy cuba mengalih tayar gergasi.
Andy cuba mengalih tayar gergasi.
 ??  ?? Aksi Andy ketika menarik trak.
Aksi Andy ketika menarik trak.
 ??  ?? Andy ketika memikul beban.
Andy ketika memikul beban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia