Berita Harian

Pilih calon tegas prinsip, berkeboleh­an: Mahaleel

Pesanan presiden kepada ahli majlis BAM menjelang AGM, bulan depan

- Oleh Helmi Talkah

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff mengingatk­an ahli majlis memilih individu yang tegas prinsipnya dan berkeboleh­an sebagai penggantin­ya pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu yang dijangka hujung April ini.

Beliau mengakui keputusan memilih presiden bukan perkara mudah dan ahli majlis perlu bertanya kepada diri sendiri pemimpin bagaimana yang mereka mahukan bagi memastikan badminton negara kembali menjadi kuasa besar dunia.

“Bukan mudah untuk pilih presiden baharu, ahli majlis perlu buat penilaian dan tanya diri sendiri siapa sepatutnya menerajui BAM. Individu itu mestilah seorang yang tegas prinsipnya dan berkeboleh­an.

Ubah struktur jurulatih

“Sebelum saya dan Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (timbalan presiden) mengambil alih, adakah kita meningkat pada tahap seperti sekarang?

“Apa yang dicapai BAM sekarang adalah disebabkan perubahan yang saya dan Norza lakukan dalam pengurusan persatuan,” kata Tengku Mahaleel ketika dihubungi, semalam.

Tengku Mahaleel berkata, sebaik mereka mengambil alih kepimpinan BAM, perkara pertama yang dilakukan adalah menjalinka­n kerjasama yang lebih erat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

“Selepas itu, kita ubah struktur jurulatih dan pemain. Hasilnya kita sudah nampak sekarang .... Piala Thomas kita menjadi naib juara (2014), Goh V Shem-tan Wee Kiong sekarang sudah boleh ganti Koo Kien Keat-tan Boon Heong. Malah, kita ada pemain muda yang berbakat iaitu Goh Jin Wei.

“Selain itu, kita meraih tiga pingat perak pada Olimpik Rio 2016. Semua ini berjaya dicapai daripada perubahan yang saya dan Norza lakukan,” kata Tengku Mahaleel yang tidak akan mempertaha­nkan jawatan pada pemilihan kali ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia