Berita Harian

Tidak mustahil perwakilan ubah fikiran

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Kuala Lumpur: Bekas Pengerusi Jawatankua­sa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kamarudin Abdullah tidak menolak kemungkina­n berlaku persaingan sengit dalam perebutan jawatan presiden pada Kongres Pemilihan FAM Ke-53, Sabtu ini.

Sambil mengakui Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai calon pilihan berbanding Tan Sri Annuar Musa, Kamarudin bagaimanap­un mendakwa tidak mustahil berlaku pusingan U daripada perwakilan untuk memilih salah satu daripada dua calon itu.

“Kalau ikut apa yang berlaku sebelum ini, iaitu sebelum TMJ terima pencalonan­nya, sudah 14 ahli gabungan menyokong beliau.

“Jika ikut kiraan mudah, dari situ TMJ sudah mendapat 28 undi (setiap ahli gabungan dua undi). Cuma masih ada 11 undi untuk Annuar, jadi ikut statistik itu memang Annuar sudah kalah.

Peluang 50-50

“Tapi ada kemungkina­n juga ahli gabungan atau perwakilan buat pusingan U pada kongres nanti. Kalau itu berlaku, tidak mustahil peluang 50-50 dimiliki kedua-dua calon,” kata Kamarudin kepada BH Sukan, semalam.

Sebelum ini, 14 ahli gabungan menyatakan sokongan terbuka kepada TMJ sekali gus pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu kemungkina­n besar menduduki kerusi nombor satu itu.

BH Sukan semalam juga turut melaporkan bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mendakwa Annuar tahu kelebihann­ya hingga beliau berani untuk bersaingan dengan TMJ yang dianggap calon paling popular.

 ??  ?? TMJ (tengah) sudah mendapat sokongan daripada 14 ahli gabungan, setakat ini.
TMJ (tengah) sudah mendapat sokongan daripada 14 ahli gabungan, setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia