Berita Harian

Bernhardt puas hati dengan seri

Anak buah pengendali B-22 bangkit hampakan China

- Oleh Syafiq Aznan

Pengendali skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Frank Bernhardt mengakui anak buahnya seharusnya boleh meledak dua lagi gol ketika bertemu China pada aksi pembukaan Kejohanan B-23 Piala Dubai 2017 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), kelmarin.

Namun, pengendali kelahiran Jerman itu tetap berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 yang dilakar anak buahnya terutama selepas memperaga permainan untuk bangkit walaupun terlebih dahulu ketinggala­n.

Katanya, pendekatan taktikalny­a untuk lebih bertahan pada separuh masa pertama nyata berhasil apabila skuad bimbingan Fabrizio Del Rosso itu gagal merobek gawang mereka walaupun dibarisi pemain yang bagus.

“Kita lebih banyak bertahan kerana kita tahu mereka ada pasukan yang sangat baik. Kita menukar pendekatan kita pada separuh masa kedua dan berjaya menguasai permainan serta mengasak mereka ketika melakukan serangan.

Mampu meledak dua gol lagi

“Serangan balas kita juga banyak kali memerangka­p mereka dan kita seharusnya mampu meledak dua lagi gol. Apapun, keputusan ini adalah satu keputusan baik untuk kedua-dua pasukan,” katanya.

Pada aksi pembukaan itu, China terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurna­kan Jao Yun Sheng pada minit ke-69 namun N Thanabalan memastikan satu mata dikongsi skuad negara apabila mengikat kedudukan pada minit akhir perlawanan.

Dalam masa sama, pengendali berusia 47 tahun itu menuntut anak buahnya supaya tampil memperagak­an aksi yang lebih kemas untuk turun bertemu Thailand pada aksi di Stadium Persatuan Bola Sepak UAE, jam 8 malam (waktu Malaysia) esok.

“Kita sudah ada rentaknya daripada perlawanan ini jadi saya mahukan mereka menunjukka­n aksi yang lebih baik selepas ini. Gunakan keputusan positif ini sebagai motivasi untuk mereka,” katanya.

Selepas Thailand, Malaysia akan bertemu Singapura pada 26 Mac sebelum menutup kempen menentang Jordan pada 28 Mac. Pengendali skuad B-22

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia