Berita Harian

‘Kami dahagakan kemenangan’

-

Kuala Lumpur: Penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali menegaskan betapa Harimau Malaysia sangat dahagakan kemenangan pada aksi persahabat­an berdepan Filipina di Stadium Memorial Rizal, Manila, hari ini.

Sambil mengakui bakal berdepan saingan sengit dari skuad Azkals, pemain PKNS FC itu turut berharap semua pemain Harimau Malaysia dapat memberi komitmen 100 peratus.

“Saya pasti ini adalah perlawanan yang sengit. Apapun kami mahu menang untuk memperbaik­i ranking negara pada kedudukan lebih baik.

Kawal benteng (gambar)

“Bagi saya, sesiapa saja pemain yang diturunkan, harap semua dapat memberi komitmen 100 peratus demi negara,” kata penyerang berpengala­man beru- sia 33 tahun itu.

Sementara itu, pertahanan tengah negara, Shahrom Kalam pula menjelaska­n betapa dia rakan sepasukan sudah bersedia sepenuhnya untuk mengawal benteng negara daripada dibolosi.

Katanya, dia tidak berdepan masalah dari aspek keserasian kerana pernah digandingk­an dengan pemain lain termasuk Ronny Harun, Rizal Ghazali dan Khair Muhammad Jefri Jones sebelum ini.

“Saya sudah berganding­an dengan Rizal dan Ronny ketika Piala AFF tahun lalu. Khair pula pernah bersama kami ketika play-off kelayakan Piala Asia 2019 menentang Timor Leste di Johor Bahru.

“Jadi, saya fikir tiada masalah dari aspek keserasian antara kami dan apa yang penting adalah memberi fokus sepenuhnya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia