Berita Harian

Bapa Aidil, Zaquan Adha meninggal dunia

- Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Bapa pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Adha, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini, jam 4 petang semalam kerana penyakit berkaitan usus.

Allahyarha­m Abd Radzak Salleh, 68, yang menghidap asma dimasukkan ke HTJ, petang kelmarin selepas mengadu tidak sihat.

Anak ketiganya, Mohd Zafran, berkata penyakit berkaitan usus hanya dikesan ketika doktor memeriksa ayahnya malam kelmarin dan arwah sepatutnya menjalani pembedahan semalam.

Pembedahan

“Bagaimanap­un, keadaan tidak mengizinka­n untuk pembedahan itu dilakukan dan ayah meninggalk­an kami buat selama-selamanya,” katanya, di sini, semalam.

Mohd Zafran berkata, ayahnya meninggalk­an seorang isteri, Azizah Arshad, 64 dan tujuh anak.

Jenazah dibawa pulang ke rumah keluarga di Taman Rashibah Indah, Sikama,t di sini dan akan dikebumika­n di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said, pagi ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia