Berita Harian

NS fokus suku akhir Piala FA

- Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Negeri Sembilan terus fokus ke arah membentuk skuad lebih mantap dalam usaha melakar kejayaan pada pentas saingan suku akhir Piala FA menentang Sabah di Stadium Likas, 1 April ini.

Justeru, waktu rehat digunakan untuk mengadakan perlawanan persahabat­an bagi memastikan kekuatan pasukan berada pada tahap memuaskan sekali gus bersedia mempamerka­n aksi lebih cemerlang ketika aksi itu nanti.

Ketua jurulatih Mohd Asri Ninggal berkata, NS akan mengadakan persahabat­an menentang PKNS FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam esok.

Beliau berkata, perlawanan itu sebahagian daripada usaha memastikan tahap kecergasan dan rentak terbaik barisan pemain tidak terjejas susulan rehat panjang sebaik menamatkan pusingan ketiga Piala FA, 11 Mac lalu.

Uji prestasi pemain

“Kita sudah bersetuju untuk adakan aksi persahabat­an dengan PKNS FC pada malam Khamis ini (esok) di Paroi, yang bertujuan bagi menguji prestasi semasa pemain selain memastikan tahap kecergasan mereka sentiasa memuaskan.

“Kami perlu memanfaatk­an ruang yang ada ini sebaik mungkin dengan sesi latihan lebih agresif kerana saingan Piala FA menjanjika­n corak serta tentangan berbeza. Kami perlu bersedia daripada semua aspek untuk capai kejayaan.

“Saya harap menerusi perlawanan dengan pasukan dari Liga Super itu akan memberi impak yang positif dalam persiapan kami menghadapi saingan suku akhir Piala FA,” katanya semalam.

Negeri Sembilan layak ke saingan suku akhir saingan kalah mati itu selepas menewaskan Pulau Pinang dengan agregat 4-1.

Musim ini, skuad Hobin Jang Hobin yang kini mendominas­i puncak carta Liga Perdana mempertaru­hkan empat pemain import iaitu Bruno Suzuki, Marko Simic, Nemanja Vidic dan Lee Andrew Tuck.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia