Berita Harian

Sarbinee masih pemain Terengganu: Irfan Bakti

Penjaga gol skuad Penyu itu masih jalani rawatan, belum dikeluarka­n daripada pasukan

- Oleh Faizul Azlan Razak

Ketua jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim menafikan penjaga golnya, Mohd Sarbinee Allawee Ramli sudah dikeluarka­n daripada pasukan itu.

Pengendali berusia 66 tahun itu mengakui yang penjaga gawang utama skuad Penyu mengalami masalah kesihatan, tapi namanya masih berada pasukan.

“Mohd Sarbinee sedang menjalani proses pemulihan masalah kesihatann­ya dan saya tidak boleh sahkan tahap penyakit yang dialaminya.

“Namun, apa yang boleh saya

(gambar)

katakan nama Mohd Sarbinee belum dikeluarka­n daripada pasukan seperti mana yang tersebar dalam laman sosial,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Kisah bekas penjaga gawang kebangsaan itu viral di laman sosial mengatakan mengidap penyakit kanser paru-paru.

Viral di laman sosial

Mohd Sarbinee juga dikatakan menjalani pemeriksaa­n kesihatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Malah, nama penjaga gol berusia 30 tahun itu juga dikatakan sudah dikeluarka­n daripada pasukan Terengganu dan tempatnya digantikan dengan bekas penjaga gawang FELDA United FC, Mohd Sufian Abd Rahman.

Mengulas lanjut, Irfan Bakti berkata pihaknya terpaksa mengambil Mohd Sufian selepas Amierul Hakimi Awang juga mengalami kecederaan.

Katanya, ketika itu skuad Penyu hanya memiliki seorang penjaga gol, Muhammad Syazwan Yusoff dan mereka tidak ada pilihan sekali gus mengikat Mohd Sufian.

“Kalau Mohd Sarbinee ditamatkan kontrak atau disingkirk­an daripada pasukan, saya orang pertama yang tahu, tapi saya sendiri tidak tahu perkara ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia