Berita Harian

Jurulatih Sabah dapatkan bantuan skuad Piala Presiden, Belia

- Oleh Ryan Stanley

Kota Kinabalu: Ketua jurulatih baharu Sabah, Jelius Ating akan menggunaka­n khidmat pemain Piala Presiden dan Piala Belia negeri bagi membentuk pasukannya musim ini.

Beliau tidak memiliki pilihan lain selain menggunaka­n ketiga-tiga pasukan negeri termasuk skuad senior bagi membentuk sebuah pasukan yang mampu memberikan saingan.

“Setakat ini, kita tidak mempunyai pilihan lain kerana jendela perpindaha­n pemain hanya akan dibuka pada Mei depan.

“Kita akan guna pemain sedia ada di samping bantuan daripada skuad Piala Presiden dan Piala Belia,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Stadium Likas, Kota Kinabalu, semalam.

Jelius berkata beliau akan mengenalpa­sti masalah yang ada dalam pasukan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang perubahan.

Bersemuka dengan setiap pemain

Bekas pemain berusia 46 tahun itu, berkata beliau akan bersemuka dengan setiap pemain dan pegawai bagi mendapatka­n pandangan mereka dalam beberapa hari ini.

“Ini hari pertama saya menjalanka­n tugas, apa yang saya akan lakukan terlebih dahulu ialah untuk bertemu dengan semua pemain termasuk pemain import dan pegawai pasukan.

“Kita mahu kenal pasti masalah yang ada dalam pasukan sebelum mencari jalan untuk menyelesai­kannya,” katanya.

Jelius yang pernah digelar ‘orang besi’ ketika masih beraksi bersama Sang Badak dulu dilantik sebagai ketua jurulatih Sabah yang baharu menggantik­an Steve Vilmiaire.

Ia susulan prestasi buruk pasukan berkenaan dalam kempen Liga Perdana setakat ini, iaitu hanya mengutip empat mata daripada lapan perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia