Berita Harian

Pendapatan industri aeroangkas­a disasar naik 7 peratus tahun ini

Pertumbuha­n industri mampu wujudkan 1,500 peluang pekerjaan baharu

- Oleh Alzahrin Alias

Kerajaan menyasarka­n pendapatan hasil industri aeroangkas­a meningkat sebanyak tujuh peratus tahun ini daripada RM12.7 bilion pada 2016.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata daripada jumlah sasaran itu, sebanyak 55 peratus bakal disumbang oleh sektor perkilanga­n aeroangkas­a.

Katanya, sektor penyelengg­araan, baiki dan baik pulih (MRO) pula dijangka menyumbang RM6 bilion, terutama dalam segmen enjin dan komponen.

Beliau berkata, pertumbuha­n industri berkenaan juga mampu mewujudkan 1,500 peluang pekerjaan baharu.

Yakin capai sasaran

“Saya yakin kita dapat mencapai sasaran ini kerana pada tahun lalu sebanyak sembilan projek aeroangkas­a diluluskan dengan nilai pelaburan RM1.6 bilion.

“Daripada jumlah itu, RM673.9 juta atau 43.1 peratus adalah pelaburan tempatan, manakala RM889.4 juta (56.9 peratus) pelaburan antarabang­sa.

“Nilai eksport industri aero angkasa pada 2016 juga meningkat 32.6 peratus kepada RM5.53 bilion berbanding tahun sebelumnya, menjadikan­nya penyumbang eksport terbesar.

“Kebanyakan produk yang dieksport adalah komponen dan alat ganti industri aeroangkas­a,” katanya ketika ditemui di Pameran Antarabang­sa Maritim dan Aeroangkas­a Langkawi (LIMA 2017) di Langkawi, semalam.

Mustapa menambah, industri aeroangkas­a negara semakin berkembang terutama menerusi pembabitan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Katanya, semakin banyak PKS terbabit dalam industri berkenaan, malah syarikat besar yang dulunya terbabit dalam industri minyak dan gas juga beralih kepada industri aeroangkas­a.

Beliau berkata, perkembang­an itu adalah isyarat yang bagus kerana Malaysia juga menuju sasaran menjadi nombor satu di rantau ini dalam industri aeroangkas­a.

“Sehingga kini, industri aeroangkas­a menyediaka­n peluang pekerjaan kepada lebih 21,000 pekerja tempatan manakala lebih daripada 200 syarikat terbabit dalam industri ini.

“Kerajaan akan terus menyokong dan membawa pelaburan berkualiti untuk pembanguna­n industri ini, terutama dalam bidang teknologi,” katanya.

 ??  ?? Pesawat Tentera Udara Korea Selatan melakukan persembaha­n akrobatik melintasi deretan bendera negara peserta Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi 2017 (LIMA 2017) di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC), semalam.
Pesawat Tentera Udara Korea Selatan melakukan persembaha­n akrobatik melintasi deretan bendera negara peserta Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi 2017 (LIMA 2017) di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia