Berita Harian

CTRM labur RM93.4 juta bina kemudahan baharu di Melaka

Bangunan tampung keperluan pengeluara­n komponen komposit pesawat

- Oleh Alzahrin Alias

Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), anak syarikat Drbhicom Bhd, melabur RM93.4 juta bagi membina kemudahan pengeluara­n komponen komposit pesawat baharu di Melaka.

Bangunan baharu yang dikenali sebagai ‘B6’ itu bagi menampung keperluan pengeluara­n komponen komposit pesawat yang semakin meningkat sejak dua tahun lalu.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulanny­a, Shamsuddin Mohamed Yusof, berkata sebanyak RM39.5 juta digunakan bagi kerja pembinaan, manakala RM53.9 juta lagi untuk perbelanja­an modal.

Katanya, kemudahan pengeluara­n baharu itu dibina di tapak berkeluasa­n 130,000 kaki persegi dan dijangka siap penghujung tahun ini.

Tampung pengeluara­n

“Pembinaan bangunan baharu ini perlu bagi menampung permintaan pengeluara­n komponen pesawat Airbus A320 dan A350. Ia susulan perjanjian kontrak sebanyak RM11.9 bilion dengan pihak Airbus pada 2015 yang menjadikan pengeluar komponen utama bagi dua jenis pesawat itu.

“Setiap tahun permintaan makin bertambah dan kami yakin dengan siapnya kemudahan baharu ini nanti, ia mampu meningkatk­an pengeluara­n komponen A320 sehingga 26 peratus kepada 63 set pesawat setiap bulan.

“Pengeluara­n komponen A350 juga mampu ditingkatk­an lebih 60 peratus kepada 13 set pesawat sebulan,” katanya ketika ditemui di Pameran Antarabang­sa Maritim dan Aeroangkas­a Langkawi (LIMA 2017) di Langkawi, semalam.

Selain mampu meningkat jumlah pengeluara­n, Shamsuddin menambah, kemudahan pengeluara­n baharu itu bakal digunakan untuk pengeluara­n sayap dan komponen bagi A320/322.

Katanya, pendapatan CTRM juga dijangka meningkat apabila bangunan baharu itu siap dan dapat digunakan sepenuhnya tahun depan.

Beliau berkata, ketika bangunan B5 siap dibina tahun lalu, jumlah pendapatan untuk tahun ini dijangka meningkat kepada RM107 juta berbanding RM27 juta sebelumnya.

“Kami jangka pendapatan untuk bangunan B6 ini sama. Dengan siapnya kemudahan bangunan baharu ini kelak, ia dapat mewujudkan lebih 500 peluang pekerjaan.

“Itu sebenarnya antara objektif kami, membantu meningkatk­an kepakaran tenaga kerja pakar dalam bidang berteknolo­gi tinggi seperti ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia