Berita Harian

GTA bangun kilang di Subang Aerospace Park

-

Global Turbine Asia Sdn Bhd (GTA), syarikat penyelengg­araan, baiki dan baik pulih (MRO) aeroangkas­a, melabur RM50 juta bagi membina kilang baharunya di Subang Aerospace Park.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Nonee Ashirin Mohd Radzi, berkata kilang baharu itu berkeupaya­an menjalanka­n kerja MRO untuk enjin pesawat M88 dan pembuatan bahagian pesawat.

Katanya, pelaburan itu merangkumi kemudahan baharu GTA infrastruk­tur, jentera dan peralatan untuk industri aeroangkas­a termasuk pusat latihan.

“Kami percaya pembinaan kemudahan baharu ini nanti mampu memberikan program latihan khas dalam mewujudkan tenaga kerja berkemahir­an tinggi dan mempunyai pengkhusus­an dalam industri aeroangkas­a.

Dapat sokongan

“Pembinaan kemudahan ini mendapat sokongan badan institusi utama seperti Lembaga Kemajuan Perindustr­ian Malaysia, Pejabat Penyelaras Industri Aeroangkas­a Kebangsaan, Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia dan Malaysia Airports Holdings Bhd,” katanya.

Prebiu kemudahan berkenaan dirasmikan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Langka- wi, semalam.

Nonee Ashirin menambah, industri aeroangkas­a di Malaysia diunjur menyumbang perolehan sebanyak RM55.2 bilion kepada ekonomi negara menjelang 2030.

“Kami juga berharap untuk merealisas­ikan aspirasi negara untuk menjadi hab aeroangkas­a Asia Tenggara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia