Berita Harian

Sime Darby Property bina 4,000 rumah mampu milik

Komited bantu lebih ramai keluarga dapat kediaman lebih selesa

- Oleh Shahrizan Salian

Sime Darby Property akan membina sehingga 4,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi memenuhi permintaan tinggi pembeli terhadap perumahan jenis itu.

Pengarah Urusannya, Datuk Jauhari Hamidi, berkata komitmen itu adalah kesinambun­gan kepada usaha syarikat yang sudah membina kira-kira 8,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara sejak 2007.

Bagi tahun kewangan 2016 dan 2017 pula, katanya, separuh daripada keseluruha­n unit rumah yang dibina oleh Sime Darby Property adalah rumah mampu milik.

Pembanguna­n seimbang

“Komitmen untuk membangunk­an perumahan mampu milik mencermink­an wawasan kami untuk menjadi pemaju hartanah mapan nombor satu di Malaysia, dengan menawarkan portfolio pembanguna­n seimbang merangkumi semua kumpulan pendapatan.

“Di bawah skim Rumah Selangorku, kami akan membangunk­an 4,000 unit rumah mampu milik yang akan dibina di Bandar Bukit Raja, City of Elmina, USJ Heights, Bukit Jelutong dan Serenia City,“katanya pada majlis pelancaran rumah mampu milik Harmoni 1 di Putra Heights, dekat Subang Jaya, semalam.

Pelancaran disempurna­kan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Jauhari berkata, Sime Darby Property komited dalam usaha membangunk­an rumah mampu milik kerana ia berhasrat membantu lebih ramai keluarga mendapatka­n rumah yang lebih selesa.

Projek rumah mampu milik kedua

Katanya, pelancaran rumah Harmoni 1 di Putra Heights antaranya mencermink­an komitmen berterusan syarikat kepada negara dalam membangunk­an rumah mampu milik yang dapat memenuhi permintaan pelanggan berpendapa­tan rendah dan sederhana.

Harmoni 1 di Putra Heights adalah projek rumah mampu milik kedua Sime Darby Property di bawah skim Rumah Selangorku, dengan projek yang pertama adalah Bandar Bukit Raja, Klang yang dilancarka­n dua tahun lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia