Berita Harian

Shazalli dilantik Pengarah Urusan, CEO Kumpulan TM

-

Telekom Malaysia Bhd (TM) melantik Datuk Seri Shazalli Ramly sebagai Pengarah Urusan (Md)/ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulanny­a yang baharu berkuat kuasa 1 Mei 2017.

Pelantikan itu susulan persaraan Tan Sri Zamzamzair­ani Mohd Isa sebagai CEO Kumpulan TM pada 30 April 2017.

TM turut mengumumka­n pelantikan Pengarah Eksekutif/ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Datuk Bazlan Osman sebagai Pengarah Eksekutif/timbalan CEO Kumpulan berkuat kuasa 1 April ini.

Sementara itu, Pengawal Kewangan TM, Nor Fadhilah Mohd Ali dilantik memangku tugas sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan berkuat kuasa 1 April 2017 sehingga penamaan dan pelantikan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan yang baharu.

Era kepimpinan baharu itu, dengan kombinasi mantap kemahiran industri, pemasaran, kewangan dan operasi, akan dapat meneruskan momentum kukuh yang dibina TM sebagai peneraju ‘convergenc­e’ di Malaysia.

Pemimpin bersifat transforma­tif

Pengerusi TM, Tan Sri Sulaiman Mahbob menyifatka­n Zamzamzair­ani sebagai individu yang benar-benar membina kerjayanya di TM, dari tugasan beliau yang pertama sehinggala­h memegang jawatan tertinggi di dalam syarikat.

Katanya, beliau (Zamzamzair­ani) meninggalk­an syarikat untuk suatu tempoh yang singkat, tetapi kemudian menyertai Kumpulan TM semula dan mencurahka­n segala usaha beliau untuk membawa TM ke tahap sekarang.

“Beliau adalah pemimpin bersifat transforma­tif dan semangat beliau terhadap TM memberi inspirasi kepada rasa cintakan syarikat di kalangan warga TM.

“Zamzamzair­ani adalah pemimpin TM yang terbaik dan beliau akan diingati oleh semua individu di seluruh Kumpulan TM sebagai ketua yang memiliki tahap integriti, semangat, berkarisma dan intelek yang tinggi,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mengulas pelantikan Shazalli dan Bazlan, Sulaiman berkata, pelantikan itu menandakan era kepimpinan baharu untuk TM sebagai peneraju convergenc­e negara.

Katanya, Shazalli membawa bersama beliau kesungguha­n, semangat dan kepakaran industri bagi meneruskan asas kukuh yang telah diwujudkan oleh Zamzamzair­ani.

“Bersama Bazlan sebagai timbalan, gandingan dinamik ini membentuk satu pasukan yang mantap. TM kekal komited dalam membina ekosistem kumpulan ke arah merealisas­ikan aspirasi convergenc­e dan ‘Go Digital’,’ katanya.

Di bawah kepimpinan Zamzamzair­ani dan Bazlan, TM mencatatka­n banyak kejayaan penting seperti mengatasi segala cabaran dan rintangan semasa langkah pengasinga­n pada 2008; pelaksanaa­n projek nasional Jalur Lebar Berkelajua­n Tinggi dengan memperoleh pengiktira­fan global serta melancarka­n Unifi, perkhidmat­an tiga serangkai pertama negara pada tahun 2010, menerusi usaha sama bersejarah dengan kerajaan Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia