Berita Harian

UEM Sunrise sasar jualan RM1.2 bilion tahun ini

Syarikat rancang projek RM1.7 bilion termasuk di Australia

- Oleh Zuraidah Mohamed

UEM Sunrise Bhd, unit hartanah UEM Group menyasarka­n jualan RM1.2 bilion tahun ini, di sebalik pertumbuha­n perlahan pasaran hartanah.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Anwar Syahrin Abdul Ajib, berkata sasaran itu lebih rendah berbanding RM1.4 bilion dicatatkan tahun lalu, namun yakin ia adalah munasabah dalam keadaan pemulihan sektor hartanah.

“Pemaju hartanah masih berhati-hati kerana sektor hartanah tahun ini masih dalam pemulihan, begitu juga dengan pembeli hartanah.

“Kita lihat dulu (prestasi) pada separuh kedua ini, kerana kita dalam perancanga­n melancarka­n projek hartanah dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM1.7 bilion tahun ini termasuk sebahagian besarnya di Australia,” katanya pada sesi taklimat sempena lawatan media ke projek UEM Sunrise di Iskandar Puteri, Johor, semalam.

Anwar Syahrin berkata, syarikat juga tidak melihat akan berlaku gelembung dalam pasaran hartanah dengan pelaksanaa­n projek besar oleh pemaju asing di negara ini.

BNM kekang aktiviti spekulasi harga

Katanya, kerajaan sangat tegas dari segi pinjaman dengan Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai langkah untuk mengekang aktiviti spekulasi harga, sekali gus membendung kenaikan harga rumah yang tidak terkawal.

Selain itu, katanya syarikat menjangkak­an projek hartanahny­a, Aurora Melbourne Central dan Conservato­ry di Australia akan menyumbang secara ketara kira-kira 40 peratus kepada jualan syarikat dalam tempoh dua tahun akan datang.

Anwar Syahrin berkata, UEM Sunrise ketika ini memiliki kirakira 5,200 hektar simpanan tanah yang mana 4,000 hektar daripadany­a adalah di wilayah Selatan.

Mengenai projek Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Denai Nusantara yang dimajukann­ya dekat Gelang Patah, beliau berkata, setakat ini kira-kira 400 unit atau 30 peratus daripada keseluruha­n unit apartmen itu sudah dijual.

Katanya, Denai Nusantara membabitka­n lima blok apartmen setinggi 12 tingkat yang menawarkan 1,109 unit kediaman serta 108 unit lot kedai satu tingkat yang dijangkaka­n siap menjelang Jun tahun depan.

Denai Nusantara, projek kediaman mampu milik yang dibina di bawah Dasar Perumahan Rakyat Johor dilancarka­n pada November 2014, dan dijual pada harga RM150,000 seunit.

Katanya, Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor akan menentukan pembeli yang layak dan memenuhi syarat untuk memiliki kediaman yang dibangunka­n itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia