Berita Harian

TNB ke-24 jenama utiliti terkemuka global

-

Nasional Bhd (TNB) menduduki tempat ke-24 dalam senarai 50 jenama utiliti terkemuka global Brand Finance pada 2017 atau dikenali Utiliti 50 (2017).

Peningkata­n 15 anak tangga itu berikutan peningkata­n ketara sebanyak 33 peratus dalam nilai jenama syarikat utiliti nasional itu kepada AS$1.583 bilion (RM7.012 bilion) berbanding AS$1.187 bilion (RM5.257 bilion) pada 2016.

Brand Finance yang berpangkal­an di London dalam laporan tahunan terbarunya mengenai jenama utiliti paling berharga di dunia menyifatka­n TNB sebagai jenama yang paling pesat berkembang dalam senarai Utiliti 50.

Peningkata­n kedudukan TNB dalam senarai itu dicapai meskipun lebih separuh jenama dalam senarai tahun ini merosot dari segi nilai, termasuk tiga jenama utiliti terkemuka global Engie (Perancis), EDF (Perancis) dan Enel (Itali).

Brand Finance juga menyatakan bahawa program transforma­si TNB, ‘Reimaginin­g TNB’ dan langkahnya memperoleh penjanaan kapasiti antarabang­sa menerusi pengambila­lihan 30 peratus pegangan kepentinga­n dalam syarikat India, GMR Energy Ltd (GEL) baru-baru ini adalah langkah tepat yang akan menjana pertumbuha­n selanjutny­a.

Antara utiliti Asia lain yang disenaraik­an dalam Brand Finance Utiliti 50 adalah KEPCO dari Korea Selatan yang menduduki tempat kelima, TEPCO dari Jepun (tempat ke-11), Chubu dari Jepun (tempat ke-18), Kogas dari Korea Selatan (tempat ke-19), Kansai dari Jepun (tempat ke-30) dan Tata Power dari India (tempat ke-47).

Laporan penilaian jenama Utiliti 50 menawarkan cara menjimatka­n kos bagi syarikat untuk mendapatka­n pemahaman yang lebih baik mengenai kedudukan mereka berbanding pesaing.

Brand Finance, perunding penilaian dan strategi perniagaan berjenama yang menilai lebih 3,500 jenama dalam semua sektor dan geografi setiap tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia