Berita Harian

Public Bank lancar dua kad kredit baharu

Tawar ganjaran eksklusif dan lengkapi gaya hidup pengguna

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini nasuha@bh.com.my

Public Bank Bhd melancarka­n dua kad kredit terbaharu iaitu PB Quantum Visa dan PB Quantum Mastercard yang menawarkan ganjaran eksklusif dan melengkapi gaya hidup pengguna.

Kedua-dua kad kredit itu disasarkan kepada segmen pasaran dengan pendapatan tahunan minimum sebanyak RM36,000.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Tay Ah Lek, berkata kad berkenaan menawarkan pulangan tunai lima peratus untuk penggunaan dalam talian, makan dan minum, hiburan dan urus niaga di gedung serbaneka.

Katanya, selain pulangan tunai, pemegang kad kredit itu juga akan memperoleh sehingga dua kali mata ganjaran VIP bagi pembelian runcit yang lain.

Pelan Fleksibaya­r sehingga 12 bulan

“Sebagai manfaat nilai tambah, pemegang kad juga boleh menukar sebarang pembelian runcit yang berjumlah lebih RM1,200 dalam satu resit tunggal kepada Pelan Fleksibaya­r sehingga 12 bulan dan tiada sebarang kadar faedah dikenakan.

“Malah pelan ini juga diperkenal­kan secara eksklusif kepada pemegang kad kredit PB Quantum Visa dan PB Quantum Mastercard,” katanya pada majlis pelancaran kad berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir pada majlis itu adalah Timbalan Ketua Eksekutif Public Bank Bhd, Datuk Chang Kat Kiam, Pengurus Negara Visa, Ng Kong Boon dan Pengurus Negara Mastercard, Perry Ong.

Mengulas lanjut, Tay berkata, pelancaran kad berkenaan adalah sebahagian daripada usaha pihaknya untuk menawarkan kad yang memenuhi gaya hidup generasi muda.

“Produk ini amat bersesuaia­n bagi pelanggan yang menjalani gaya hidup yang sibuk dengan keutamaan untuk membeli-belah secara dalam talian, makan, minum dan berhibur,” katanya.

Sementara itu, sempena pelancaran kad kredit berkenaan, pemegang kad akan menerima pembesar suara JBL GO secara percuma dengan melakukan perbelanja­an runcit terkumpul minimum sebanyak RM100.

Public Bank Bhd juga menyediaka­n tawaran istimewa beli satu percuma satu di rangkaian restoran utama di negara ini seperti Sakae Sushi, Domino’s, Espressola­b dan juga Komugi.

 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] ?? Ah Lek (dua dari kiri), Kat Kiam (dua dari kanan), Kong Boon (kiri) dan Ong pada majlis pelancaran kad kredit terbaharu di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] Ah Lek (dua dari kiri), Kat Kiam (dua dari kanan), Kong Boon (kiri) dan Ong pada majlis pelancaran kad kredit terbaharu di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia