Berita Harian

Maybank Kim Eng positif pasaran ekuiti Malaysia

-

Kim Eng Group, cabang perbankan pelaburan Maybank, positif ke atas pasaran ekuiti Malaysia, dengan penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diunjur mencecah paras 1,800 tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk John Chong, berkata momentum pasaran disokong oleh asas dan penilaian yang menarik.

Indeks FBM KLCI mampu mencecah paras 1,800 lebih awal dengan momentum semakin meningkat, selain berdasarka­n anggaran RM3.1 bilion jumlah urus niaga dalam pasaran ekuiti sejak awal tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media sempena Invest Singapura ASEAN di Singapura, semalam.

Momentum positif pasaran

Chong berkata, momentum positif dalam pasaran ekuiti Malaysia itu juga selari dengan peningkata­n dalam pasaran ASEAN.

Dengan ekonomi ASEAN dijangkaka­n meningkat beransur-ansur pada 2017, Chong berkata, beliau yakin prospek perniagaan perbankan pelaburan juga akan meningkat.

“Kami menjangkak­an melihat peningkata­n aktiviti pasaran modal tahun ini, didorong oleh pasaran ekuiti yang lebih kukuh, pembiayaan infrastruk­tur yang meningkat dan peningkata­n modal selepas agak lemah pada 2016.

“Banyak syarikat korporat menangguhk­an penjanaan modal tahun lalu disebabkan oleh ketidakten­tuan pasaran.

“Namun, kami mula melihat banyak syarikat kini mula kembali untuk memanfaatk­an pasaran hutang dan ekuiti,” katanya.

Beliau berkata, sejak awal 2017, Maybank Kim Eng terbabit dalam tiga Tawaran Awam Permulaan (IPO) utama di seluruh rantau ini iaitu Ecoworld Internatio­nal di Malaysia (AS$586 juta, Viz Branz Holdings Singapura (AS$160 juta) dan TPI Power Thailand kira-kira AS$500 juta.

Chong berkata, urus niaga Maybank Kim Eng di seluruh rantau ini kekal mantap dan sihat dengan jangkaan beberapa urus niaga baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Kim Eng Singapura, Harmeet S Bedi, turut menjangkak­an kedudukan yang sama dalam pasaran Singapura.

“Kami merancang mengembang­kan perniagaan pasaran hutang yang berprestsi baik tahun lalu, dalam pembiayaan projek dan pinjaman bersindike­t,” katanya pada taklimat media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia