Berita Harian

Google mohon maaf iklan kontrovers­i video Youtube

-

London: Google mengemukak­an permohonan maaf secara besarbesar­an susulan isu selitan iklan video dimiliki firma berprofil tinggi dan kerajaan dalam video Youtube kontrovers­i.

Susulan itu, Mark’s & Spencer dan HSBC menarik keluar iklannya di pasaran British daripada laman web Google.

Kerajaan British turut bertindak menggantun­g pengiklana­nnya di Youtube selepas mendapati beberapa iklan sektor awam negara itu diselitkan dalam video yang membawa mesej antihomose­ksual dan anti-yahudi.

Langkah itu turut dijejaki syarikat utama lain.

Britain adalah pasaran terbesar Google yang dimiliki Alphabet di luar Amerika Syarikat (AS), menjana AS$7.8 bilion (RM34.5 bilion) pada 2016 dengan sebahagian besarnya disumbangk­an pengiklana­n atau hampir sembilan peratus daripada pendapatan global milik gergasi AS itu.

“Saya memohon maaf kepada rakan niaga dan pengiklan yang mungkin terjejas dengan selitan iklan mereka dalam kandungan kontrovers­i,” kata Presiden Google EMEA, Matt Brittin pada satu majlis tahunan Minggu Pengiklana­n Eropah di London.

Tarik keluar pelaburan

Selain beberapa jenama terulung British menarik keluar pelaburan pengiklana­n mereka, syarikat pengiklana­n terbesar dunia yang kini mengatur pelaburan besar kandungan pengiklana­n pelanggan turut meninjau semula usaha sama mereka dengan Google.

Boikot itu adalah pertembung­an terbaharu antara syarikat pengiklana­n dengan gergasi internet yang memiliki kehadiran dominan dalam pengiklana­n digital.

Pengiklana­n digital Google tidak hanya menyediaka­n pengiklana­n kepada jumlah penggunany­a yang besar, tetapi juga keupayaann­ya untuk mengatur data pengguna yang dimilikiny­a bagi menjadikan pengiklana­n lebih terfokus dan relevan.

Bagi pengiklana­n gergasi seperti WPP, firma internet kedua-duanya adalah pelanggan dan pesaing, manakala media tradisiona­l seperti akhbar dan berita dalam talian turut bersaing sengit untuk merebut bahagian pengiklana­n dalam talian.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Pengiklana­n digital Google tidak hanya menyediaka­n pengiklana­n kepada jumlah penggunany­a yang besar, tetapi juga keupayaann­ya untuk mengatur data pengguna yang dimilikiny­a.
[ FOTO AFP ] Pengiklana­n digital Google tidak hanya menyediaka­n pengiklana­n kepada jumlah penggunany­a yang besar, tetapi juga keupayaann­ya untuk mengatur data pengguna yang dimilikiny­a.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia