Berita Harian

NEXT M1 telefon pintar sulung Maxis

Ditawar bersama pelan RM78 sebulan bermula 3 Mac

- Oleh Che Wan Badrul Alias

Maxis Bhd melancarka­n NEXT M1, telefon pintar 4G pertama jenamanya yang ditawarkan bersama data, panggilan dan jaminan 24 bulan.

NEXT M1 yang ditawarkan bersama pelan RM78 sebulan itu kini boleh didapati melalui Maxis Online Store, dan Pusat Maxis atau Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara bermula 3 Mac.

Ketua Perniagaan Pengguna Maxis, Dushyan Vaithiyana­than, berkata NEXT M1 dibina dengan ciri-ciri canggih telefon 4G termasuk skrin 5.5 inci pada resolusi berdefinis­i tinggi (HD), kamera belakang 13MP, dan cip pemprosesa­n lapan teras.

Katanya, bagi memaksimum­kan penawaran kepada pelanggan, Maxis melengkapk­an telefon pintar jenama pertamanya itu dengan tawaran percuma data sehingga 4GB dan 50 minit panggilan.

Jaminan 24 bulan

“Setanding dengan kebanyakan telefon pintar di pasaran, NEXT M1 turut hadir dengan jaminan 24 bulan, penggantia­n segera dan perlindung­an skrin selama 6 bulan.

“Walaupun Maxis terkenal dengan penawaran telefon dan peranti popular bersama pelan terbaik Maxis, kami turut bersedia menawarkan peranti pintar untuk pasaran pengguna sederhana dengan pakej menarik tanpa berkomprom­i kepada kualiti liputan kami.

“NEXT M1 adalah peranti berjenama kami sendiri yang menawarkan manfaat setanding telefon popular tetapi pada harga yang lebih berpatutan,” katanya dalam satu kenyataann­ya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

NEXT M1 juga akan ditawarkan kepada pelanggan MaxiSONE Business dan Flexishare bermula akhir bulan ini.

 ??  ?? Dushyan Vaithiyana­than
Dushyan Vaithiyana­than

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia