Berita Harian

Kebanyakan saham Asia meningkat

-

Kebanyakan saham Asia meningkat semalam, tetapi dolar Amerika Syarikat (AS) terjejas oleh ketidakten­tuan mengenai dasar ekonomi Donald Trump dan pandangan bertentang­an mengenai kenaikan kadar pada masa depan di kalangan dua pegawai atasan Rizab Persekutua­n AS (Fed).

Saham global memulakan minggu ini dengan pergerakan tidak menentu selepas ketua kewangan G20 gagal memperbaha­rui ikrar antiperlin­dungan perdaganga­n yang sudah lama dipegang dalam menghadapi desakan ‘America First’ oleh Trump, mencetuska­n kebimbanga­n mengenai sistem perdaganga­n antarabang­sa.

Bagaimanap­un, pelabur kembali membeli di pasaran Asia dengan Hong Kong mengakhiri dagangan meningkat 0.4 peratus, mencatatka­n rali tiga hari yang mendorong indeks penanda arasnya, Indeks Hang Seng mencecah paras tertinggi sejak Julai 2015.

Sydney ditutup tidak berubah, Shanghai ditutup 0.3 peratus lebih tinggi, sementara Seoul meningkat satu peratus.

Pasaran saham Taipei, Wellington, Jakarta, Bangkok dan Manila juga tinggi.

Namun begitu, Tokyo jatuh 0.3 peratus berikutan peniaga kembali daripada cuti hujung minggu yang panjang dan mendapati yen mengukuh secara ketara berbanding dolar AS.

Dolar AS berada pada paras 112.70 yen, naik berbanding di New York tetapi di masih jauh dari paras 113.33 yen.

Dolar AS berdepan tekanan jualan sejak Fed pada Rabu lalu menaikkan kadar pinjaman tetapi menunjukka­n ke arah peningkata­n dua lagi kadar tahun ini.

Pada Isnin, Presiden Fed Chicago, Charles Evans mencadangk­an terdapat lebih banyak peningkata­n tahun ini tetapi Ketua Fed Minneapoli­s, Neel Kashkari, berkata dasar lembaga perlu mengambil masa.

Ketidakten­tuan sekitar dasar AS muncul berikutan pelabur menunggu janji Trump untuk merangsang perbelanja­an infrastruk­tur dan mengurangk­an cukai bagi merancakka­n ekonomi.

Pasaran dunia meningkat selepas kemenangan Trump pada Pilihan Raya Presiden AS November tahun lalu dengan jangkaan beliau akan melaksanak­an pelan itu, tetapi kekurangan butiran lanjut mengenai perkara itu menghantui pasaran.

Penganalis­is Kanan Pasaran OANDA, Jeffrey Halley, berkata dalam nota penyelidik­annya: “Pasca (keputusan Fed), perhatian pasaran kembali kepada kekurangan pengumuman dasar konkrit pentadbira­n Trump.

Dolar AS berdepan tekanan berbanding mata wang lain dengan won naik 0.2 peratus dan peso Mexico 0.4 peratus lebih tinggi.

Pada awal dagangan Eropah, London naik 0.1 peratus, Paris meningkat 0.4 peratus dan Frankfurt meningkat 0.3 peratus.

 ?? [ FOTO AP ] ?? Seorang wanita melintasi papan saham elektronik firma sekuriti di Tokyo, semalam.
[ FOTO AP ] Seorang wanita melintasi papan saham elektronik firma sekuriti di Tokyo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia