Berita Harian

Kaca mata serlah gaya

Warna, reka bentuk yang sesuai bantu penampilan berbeza

-

Pemilihan kaca mata yang bersesuaia­n dengan bentuk dan warna kulit membantu wanita tampil lebih bergaya.

Pun begitu, pemilihan kaca mata perlu dititikber­atkan kerana seharusnya anda tahu pemakaian model berbeza akan membuatkan ia kelihatan kurang sesuai dengan bentuk wajah.

Tahun ini, pemakaian kaca mata juga dilihat lebih menyerlah menerusi pelbagai koleksi warna dan rekaan bingkai kaca mata sejajar dengan perubahan fesyen bermusim.

Rona menarik

Antara koleksi kian menjadi tarikan untuk tahun ini ialah warna bingkai menarik seperti tortoise shell, bingkai jernih, nude, hitam dan perak dan keemasan memberikan sentimen pemakaian tersendiri.

Selain rona berani termasuk ungu, merah, biru terang dan merah jambu juga menambahka­n kepelbagai­an pilihan mengikut kesesuaian pemakaian individu yang menggemari kelainan imej.

Buat wanita inginkan kelainan, pemilihan kaca mata dengan dua rona juga menambahka­n elemen chic mahupun anggun mengikut padanan warna unik, selain sentuhan perincian seperti batu di bahagian bingkai.

Rekaan pelbagai

Setiap rekaan pada bingkai memberikan kelainan penggayaan yang turut boleh dipadankan mengikut kesesuaian wajah wanita sendiri.

Reka bentuk kaca mata yang unik seperti bulat, besar, bingkai tebal, bersegi dan cat eye yang masih menjadi ikutan musim ini memberikan kelainan pada penampilan wajah.

Pemilihan rekaan retro dengan bingkai kaca mata tebal dan besar antara yang masih mendapat sambutan dan kekal segar sebagai pilihan alternatif penggayaan fesyen kini.

Sungguhpun, menepati cita rasa moden, setiap rekaan warna diketengah­kan harus diberikan penilaian tepat supaya pemakaian kaca mata tidak menenggela­mkan wajah anda.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia