Berita Harian

Pameran permata seluruh dunia

-

Perhiasan daripada batu permata masih tetap kekal menjadi pilihan wanita kini daripada pelbagai usia.

Lambakan rekaan perhiasan daripada perak, emas putih bertatahka­n batu separa berharga dengan gaya kontempora­ri masih tidak dapat menandingi nilai seni halus batu permata.

Pelbagai pilihan antaranya intan, berlian, zamrud, delima dan nilam terus menjadi idaman semua.

Namun, rekaannya dipelbagai bagi memenuhi keperluan dan cita rasa pelbagai peringkat usia.

India pamer rekaan klasik

Usaha kerajaan Thailand menerusi Tourism Authority of Thailand (TAT) mempromosi­kan industri batu permata menjadi antara agenda utama dalam memperkuku­hkan kedudukann­ya sebagai antara pengekspor­t utama dalam pasaran global.

Pameran Batu Permata Bangkok ke-59 berlangsun­g di Bangkok, Thailand baru-baru ini menawarkan pelbagai pilihan batu permata daripada seluruh dunia. Program dijayakan oleh 730 peserta daripada 18 negara.

Antara pameran yang mendapat perhatian pengunjung ialah rekaan peserta dari India yang memaparkan rekaan unik pilihan bagi majlis rasmi dan untuk pasangan mempelai.

India yang terkenal sejak sekian lama dengan hasil rekaan emas dan perak bertatahka­n permata, kini terus kreatif dan inovatif dengan rekaan yang sesuai untuk cita rasa semua golongan.

Pameran itu memaparkan seni budaya masyarakat India yang begitu peka kepada institusi kekeluarga­an bermula dengan ikatan perkahwina­n lahir daripada cinta yang suci.

Hiasan terjemah seni budaya masyarakat

Rekaan seni perhiasan dihasilkan menterjema­hkan majlis perkahwina­n dianggap sebagai hari yang paling penting di India.

Sebagai anak perempuan dan lelaki mereka mempunyai tanggungja­wab untuk mengekalka­n hubungan yang suci sepanjang hayat untuk diwarisi kepada generasi akan datang.

Pengantin lelaki perlu memperuntu­kkan sebahagian besar daripada kos perbelanja­an perkahwina­n untuk membeli barang kemas, diikuti cenderamat­a sebagai hantaran.

Pengantin perempuan mesti memakai sembilan barang kemas badan dari kepala hingga ke kaki dengan koleksi subang, cincin, gelang kaki, gelang tangan, kalung, tali pinggang perhiasan, aksesori rambut dan cincin hidung.

Permata untuk individu berusia

Pameran turut memaparkan aksesori untuk golongan warga emas. Golongan ini mempunyai kuasa membeli yang tinggi mempunyai cita rasa tersendiri dengan penuh anggun dan bergaya.

Tema perhiasan untuk golongan berusia disediakan dengan pelbagai rekaan. Pereka memberi penekanan kepada pengguna ini sebagai golongan yang hidup bebas riang dan menikmati hari mereka dengan penuh bersemanga­t.

Pilihan warna lembut

Kumpulan sasaran ini memberi pilihan barang kemas daripada warna lembut seperti kuning emas, merah jambu dan emas champagne.

Sebab itu barang kemas perak tidak begitu popular dalam kalangan wanita lebih berusia.

Rekaan klasik yang boleh dipadankan untuk semua majlis pada waktu siang dan malam.

Peragaan istimewa lengkap busana polos menjadikan mereka lebih anggun dan bergaya dengan gemerlapan hiasan batu permata bernilai.

 ?? [ FOTO ZALINA MOHD SOM ] ?? Perhiasan batu permata untuk berusia. Rekaan permata klasik sentiasa mempunyai peminat. Aksesoriin­dia memaparkan seni klasik sepanjang masa.
[ FOTO ZALINA MOHD SOM ] Perhiasan batu permata untuk berusia. Rekaan permata klasik sentiasa mempunyai peminat. Aksesoriin­dia memaparkan seni klasik sepanjang masa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia