Berita Harian

Rekaan sesuai lelaki, wanita moden

-

Gaya bersukan dan keselesaan menjadi sumber inspirasi untuk koleksi musim bunga/ panas 2017 SS17 Puma.

Berasaskan semangat bergaya, koleksi bertemakan

Puma Forever Faster daripada jenama sukan itu turut mengetenga­hkan elemen penggayaan moden dan ringkas untuk setiap rekaan.

Menampilka­n koleksi lengkap bermula daripada persalinan hingga ke rekaan kasut, setiap koleksi dibawa sempena SS17 kali ini juga mudah dipadankan dengan gaya hidup aktif wanita dan lelaki moden.

Antara rekaan menjadi tarikan untuk wanita aktif adalah Staple, Careaux, Daily Paper dan Swan Pack, Mostro, Basket Heart masing-masing memberikan kelainan terhadap penggayaan.

Rekaan menonjol

Staple mempersemb­ahkan koleksi kasut lebih bergaya menerusi potongan kasut selesa yang sesuai untuk pergerakan aktif.

Pemilihan baju sejuk dari Careaux, membantu capai keselesaan sepanjang beriadah menerusi penggunaan material kanvas dengan rona ceria.

Koleksi Puma Daily Paper, memberikan kelainan menerusi rekaan baju sejuk direka untuk memberikan imej ranggi khusus buat jejaka gemarkan aktiviti luar.

Koleksi aktif wanita

Koleksi Swan Pack menghimpun­kan persalinan berwarna hitam dan putih dengan perincian motif angsa menerusi material.

Koleksi Mostro, mengetenga­hkan rekaan lebih berwarna-warni untuk penggayaan harian jaket dan kasut.

Basket Heart menonjolka­n fesyen aktif dengan sentuhan gaya lebih yakin pada rekaan baju sejuk dan seluar sukannya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia