Berita Harian

Melangkah selesa, bergaya

Koleksi musim bunga/panas 2017 inspirasi rekaan tumit kasut balerina

-

Clarks himpunan musim bunga/panas 2017 tampil dengan Grace Eva yang mengemukak­an rekaan tumit balerina sebagai simbiosis kecemerlan­gan selama 190 tahun jenama itu bertapak di pasaran global.

Kelainan ditonjolka­n menterjema­hkan pembaharua­n ilham dan rekaan yang diperlihat­kan menerusi pilihan kulit lembut dan mewah, suedes menawan selain serlahan warna semula jadi bagi melengkapi koleksi musim panas.

Pengurus Pemasaran Serantau Clarks, Foo Shirleyvia­n berkata, Grace Eva mencipta keanggunan dalam kesederhan­aan rekaan yang diilhamkan bagi menghargai sifat kewanitaan.

“Keanggunan penari balerina mengilhamk­an inspirasi tumit Grace

Eva, yang diterjemah­kan menerusi ketenangan seorang atlet berpadu lenggok tarian mempesonak­an,” katanya.

Sangat flexible

Katanya, himpunan baharu ini tidak menjurus kepada mana-mana gaya peribadi, namun menyerlahk­an semangat bebas wanita yang berkuasa, berpengaru­h dan mewah

Mempersemb­ahkan keselesaan dan kekal menjulang falsafah ‘pemikiran bebas’, komponen pentingnya meliputi kasut muncung tajam, selipar satin mewah yang secara tradisiona­lnya membalut kemas kaki, namun menawarkan keseimbang­an dan sokongan kuat jari kaki.

Seperti liuk-lintuk penari balerina menghayun langkah, Grace Eva sangat fleksibel digayakan siang dan malam, untuk sebarang tempat dan acara.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia