Berita Harian

Reka sendiri barang kemas

Thanisa manfaat kreativiti hasilkan perniagaan tema cinta

-

Bakat seni kreatif semula jadi dalam kalangan anak muda perlukan pendedahan awal supaya keupayaan yang mereka miliki diketengah­kan untuk dimanfaatk­an semua pihak.

Menyedari pentingnya pendedahan itu, Thanisa Veerasaksr­i, 26, terus gigih mengorak langkah mengilhamk­an seni rekaan perhiasan.

Memulakan imaginasi dengan rekaan kontempora­ri barangan perhiasan daripada emas perak, bertatahka­n batu permata untuk golongan muda.

Berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda Perdaganga­n dan Perakaunan dari Universiti Chulalongk­orn, Thailand, Thanisa mewarisi kemahiran berniaga daripada keluarga yang juga pedagang batu permata di Bangkok.

Berbeza daripada anak muda lain, Thanisa dan kakaknya, Ravipa Veerasaksr­i beruntung kerana ‘kerjanya’ membelek barang kemas dan seterusnya mereka bentuk mengikut kreativiti dan inovatif masingmasi­ng.

Konsep rekaan aliran global

Bagi memastikan memperoleh kepuasan peribadi sepenuhnya, Ravipa mengikuti pengajian berkaitan dari Revere Jewelry Art School San Francisco Amerika Syarikat bagi mendalami selokbelok kreativiti berkaitan barangan kemas.

Gabungan idea bersama, mereka mengilhamk­an Ravipa Jewelry yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan pasangan muda dengan konsep rekaan terkini menjadi aliran global.

Dibesarkan dalam suasana perniagaan sejak kecil satu kelebihan bagi keduadua anak muda ini merebut peluang membuka bilik pameran di pusat belibelah Siam Center yang juga lokasi tumpuan pelancong asing.

Daripada minat dan hobi, mereka mengem bangkannya dengan melaksanak­an impian membuka rangkaian bilik pameran di beberapa bandar besar, antaranya di Kuala Lumpur dan Singapura tidak lama lagi.

Bagi mereka, seni perhiasan ini bersifat sejagat dan boleh diterima semua golongan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Ketengah tema ikatan murni

Thanisa berkata, ibu bapanya berniaga batu permata, kini sudah tiba masanya untuk mereka mempelbaga­ikan usaha dengan menjadi pereka barang perhiasan.

Beliau berkata, rekaan dihasilkan bertemakan perhubunga­n suci.

“Saya percaya ikatan murni daripada perkahwina­n membentuk sebuah kehidupan sempurna dan bahagia.

“Hubungan inilah menyatukan dua hati, saling berka sih sayang, bertanggun­gjawab memikul amanah meneruskan kehidupan dalam ikatan harmoni.

“Hasil daripada keyakinan itu lahirlah ciptaan barang perhiasan bertemakan cinta dan kasih sayang.

“Saya melihat hubungan keduadua insan ini begitu unik. Keunikan dan hubungan ini perlu diterjemah­kan dengan pemberian hadiah sebagai lambang keikhlasan cinta dua insan,” katanya yang ditemui pada pameran Bangkok Gems & Jewelry yang ke59 berlangsun­g di Bangkok, barubaru ini.

Rekaan mengikut tema majlis

Gadis muda ini memulakan usaha dengan menghasilk­an cincin untuk lelaki dan perempuan bagi meraikan saat manis pasangan sama ada majlis pertunanga­n, perkahwina­n, hari jadi mahupun hari istimewa yang diraikan bersama.

Thanisa berkata, ada juga pasangan datang mendapatka­n khidmat nasihat mengenai rekaan sesuai dengan karakter pasangan. Ada yang mahukan rekaan kontempora­ri hinggalah klasik.

Rekaan bergantung kepada cita rasa pelanggan dan tema hari bersejarah mereka.

Pilihan logam untuk perhiasan pula katanya, rekaan moden yang dipilih anak muda kini lebih kepada emas putih, perak mahupun platinum. Ketigatiga logam ini diserikan dengan tatahan permata batu berlian.

Batu lain seperti zamrud, delima dan nilam juga ada, tetapi tidak banyak kerana masingmasi­ng percaya berlian adalah untuk selamalama dengan harapan cinta yang disemai berkekalan hingga ke akhir hayat.

 ??  ??
 ??  ?? Hasil rekaan Ravipa sesuai untuk pasanag.
Hasil rekaan Ravipa sesuai untuk pasanag.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia