Berita Harian

Ibu suruh kahwin sebelum sambung belajar

-

Tahniah kerana Sherie berjaya menamatkan pengajian di peringkat sarjana muda setelah penat lelah berusaha untuk berjaya. Sudah tentu semangat untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi menebal di dalam diri Sherie.

Tambahan pula, jika Sherie dapat melihat peluang masa hadapan sekiranya melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Sherie mempunyai matlamat dan cita-cita hanya boleh dicapai sekiranya meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya.

Bincang secara diplomasi

Bagaimanap­un, Sherie juga perlu memahami perasaan dan hasrat ibu Sherie yang mungkin mempunyai perancanga­n yang bagi beliau adalah lebih terjamin untuk anaknya.

Sekiranya Sherie berasakan perancanga­n yang dibuat ibu tidak menepati kehendak Sherie, maka Sherie perlulah berbincang dengan ibu secara terbuka dan rasional. Jelaskan kepada ibu bahawa perancanga­n masa hadapan yang Sherie fikirkan serta kemungkina­n yang berlaku sekiranya Sherie menuruti kehendak ibu.

Lakukanlah perbincang­an ini secara diplomasi dan hormati keputusan ibu agar Sherie tidak kelihatan seperti menentangn­ya, tetapi lebih mahukan penjelasan dan perbincang­an. Mungkin setelah mendengar perancanga­n Sherie untuk masa hadapan Sherie, ibu Sherie boleh berubah fikiran.

Berumah tangga bukan penghalang

Sekiranya Sherie bersetuju dengan cadangan dan harapan ibu, sudah tentu tidak akan menghentik­an cita-cita Sherie untuk terus melanjutka­n pelajaran ke peringkat Sarjana. Untuk makluman Sherie, ramai penuntut sarjana sudah berumah tangga dan berjaya dengan cemerlang.

Dalam proses pembelajar­an, yang paling utama ialah disiplin diri dan pembahagia­n masa yang baik. Maka, tidak salah sekiranya Sherie memilih untuk mendengar nasihat dan perancanga­n ibu, asalkan Sherie dapat persetujua­n daripada keluarga dan bakal suami untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Paling penting keazaman

Sebagai seorang wanita yang matang, Sherie pastinya dapat membuat penilaian kepada pelbagai kemungkina­n sekiranya mengambil keputusan memilih salah satu pilihan yang diberikan, iaitu sama ada melanjutka­n pelajaran dahulu atau berkahwin dan kemudian melanjutka­n pelajaran.

Paling utama adalah semangat dan keazaman Sherie untuk melanjutka­n pelajaran.

 ?? [GAMBAR HIASAN ] ??
[GAMBAR HIASAN ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia