Berita Harian

PSY kembali

-

Bintang K-pop yang pernah mencipta fenomena, PSY, bakal kembali menggegark­an dunia hiburan global apabila tampil dengan lagu baharu menjelang April depan.

Berita itu dikongsi syarikat pengurusan­nya, YG Entertainm­ent, yang memaklumka­n kemunculan semula bintang popular dengan lagu Gangnam Style itu akan penuh dengan kejutan.

“YG Entertainm­ent sudah menyenarai­kan sederet karya baharu bulan depan dengan permulaan musim dibuka oleh PSY. Kami percaya lagu beliau akan menguasai carta.

Yakin dapat sambutan

“Kami yakin dengan penerimaan ramai melihatkan sambutan terhadap dendangan dan videonya sebelum ini,” kata wakil pengurusan­nya mengenai penyanyi yang kali terakhir menerbitka­n album kira-kira dua tahun lalu.

Pada 2012, nama PSY meledak apabila video muzik Gangnam Style bukan hanya mencuri tumpuan peminat di Asia, malah diikuti ramai hingga ke Amerika Syarikat.

Sehingga hari ini, klip berkenaan sudah pun ditonton sebanyak 2.7 bilion kali, menjadikan­nya video paling banyak jumlah tontonanny­a di Youtube.

 ??  ?? Don Malik
Don Malik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia