Berita Harian

Don Malik dilarang masuk Amerika Syarikat

-

Ramai peminat meluahkan rasa kecewa apabila penyanyi rap Korea Selatan, Don Malik, memaklumka­n beliau tidak dapat mengadakan persembaha­n di Texas, Amerika Syarikat, minggu lalu, kerana halangan memasuki negara berkenaan.

Penyanyi muda terbabit dikatakan tidak dibenarkan melepasi kawasan imigresen selepas pesawat yang membawa mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa San Francisco.

Layanan teruk

Bukan hanya Malik seorang, kru dan pegawai yang mengiringi­nya, selain beberapa penumpang dari negara asing lain, ditahan hampir 24 jam di bilik khas untuk soal siasat.

Menerusi kenyataan penyanyi terbabit, paling mengecewak­an apabila mereka dilayan secara kasar, seolah-olah pihak petugas menganggap mereka seperti penjenayah.

Malik tidak menyangka berhadapan pihak yang bersikap rasialis terhadap warga Asia, malah selepas itu mereka juga dipaksa pulang ke Korea Selatan semula biarpun sudah menyertaka­n dokumen berkenaan undangan penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia