Berita Harian

Ibu temani Adira berpantang

Semakin bahagia dengan kehadiran puteri sulung

-

Penyanyi, Adira Suhaimi lega apabila ibunya, Rujinah Sarungin berada di sisi sepanjang tempoh berpantang.

Mengakui masih lemah selepas melahirkan bayi sulung, Anggrek melalui kaedah pembedahan pada 10 Mac lalu, Adira memberitah­u, dia tidak tahu bagaimana menempuhi proses berpantang tanpa ibu.

Bercakap kepada HIP,

Adira atau nama penuhnya,

Siti Adira Suhaimi, 27, berkata ketika ini, dia masih sukar bergerak.

“Saya sukar bangun kerana masih terkesan dengan pembedahan melahirkan bayi ini. Nasib baiklah ada ibu yang datang dari Sabah untuk menjaga saya. Tidak tahu bagaimana keadaannya jika ibu tiada di sisi untuk membantu.

“Saya juga meminta pelepasan daripada doktor untuk berehat di rumah.

Ini kerana saya kurang selesa berada di hospital.

“Lagipun, jarak antara hospital dengan rumah tidaklah jauh sangat, jadi mudah untuk saya berulang-alik,” katanya.

Kekok mandikan bayi

Dedah Adira, tugas sebagai ibu bukanlah sesuatu yang mudah bagi mereka yang tiada pengalaman.

“Saya masih berada dalam fasa untuk mempelajar­i tanggungja­wab yang baru digalas ini.

“Kekok juga rasanya menjaga dan memandikan Anggrek yang masih kecil,” katanya.

Penyanyi lagu Dewi Cinta itu selamat melahirkan cahaya mata sulung seberat

3.2 kilogram di sebuah hospital swasta di ibu negara pada 10 Mac lalu.

Adira yang juga naib juara program Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) bernikah dengan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red di Songkla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Berita perkahwina­n Adira menjadi viral apabila seorang wanita dikenali sebagai Datin Red memuat naik gambar dan status di Facebook pada 16 Disember tahun lalu.

Dalam perkongsia­n itu, Datin Red menjelaska­n dia dan

Adira berkongsi suami.

 ??  ?? Adira si kecil, Anggrek.
Adira si kecil, Anggrek.
 ??  ?? Adnan bersama
Adnan bersama
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia