Berita Harian

Bagai bulan jatuh ke riba

-

Mengakui meminati hasil karya Malique, Dayang berkata, tawaran untuk berkolabor­asi dengan lelaki itu ibarat bulan jatuh ke riba buatnya.

“Dayang memang sudah lama meminati hasil kerja Malique dan apabila tawaran itu datang, Dayang terima dengan penuh rasa teruja.

“Walaupun kami merakamkan lagu itu secara berasingan, namun sesi rakaman berjalan dengan lancar kerana arah tuju lagu serta panduan yang diberikan Malique menerusi orang kanannya sangat jelas,” ujarnya.

Ditanya sama ada dia akan menyanyika­n lagu berkenaan dalam manamana persembaha­n tanpa kehadiran Malique, Dayang berkata, ia bergantung kepada keadaan.

“Tengok dulu macam mana keadaannya, tetapi kalau boleh biarlah Dayang menyanyika­n lagu itu dengan penyanyi asal kerana itulah sebabnya juga mengapa Dayang terima tawaran untuk merakamkan lagu berkenaan,” kata Dayang jujur.

pada showcase

Pada 18 April depan, saat yang paling dinantikan Dayang selama ini bakal menjadi kenyataan apabila album studio kelapan dirinya akan muncul serentak dengan sebuah showcase

yang akan diadakan di

Pusat Pelanconga­n Malaysia (MATIC), Jalan Ampang.

Khabarnya, jualan tiket untuk menyaksika­n persembaha­n itu laris bagai pisang goreng panas. Mengulas perkara itu, Dayang mengaku teruja untuk beraksi pada malam berkenaan.

“Dayang bersyukur apabila mendapat tahu jualan tiket semakin laris dan Dayang harap, semua peminat akan dapat hadir menyaksika­n showcase itu.

“Dayang akan menyanyika­n semua lagu yang ada dalam album itu, serta lagu popular Dayang. Lagipun, Dayang memang rindu untuk mengadakan showcase

kerana ia membuatkan Dayang lebih dekat dengan peminat,” kata penyanyi

Di Pintu Syurga ini.

Mengenai pembabitan­nya dalam konsert amal

Tapestry of Colours anjuran Yayasan Universiti Teknologi Petronas (UTP) pula, Dayang berkata, objektif acara itu bagi mencari dana untuk menyokong aktiviti pembelajar­an mahasiswa universiti terbabit menarik minatnya untuk sama-sama memberi sumbangan.

“Ia juga antara sumbangan Dayang boleh hulurkan untuk pelajar berkenaan,” katanya yang akan menyanyika­n empat lagu pada acara terbabit. Penyanyi

 ?? [ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON / BH ] ?? Persembaha­n Dayang pada Ziryab Musiqa Festival 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.
[ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON / BH ] Persembaha­n Dayang pada Ziryab Musiqa Festival 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia