Berita Harian

Dipersilak­an berambus

ORANG LUAR YANG BERNIAT KEPENTINGA­N DIRI MEMECAH BELAH BANGSA JOHOR

-

Orang luar Johor saya nasihatkan baik politik atau bukan politik jangan campur hal Johor. Kamu tak dialu-alukan di sini” Pada rakyat Johor yang terpengaru­h sangat seolah-olah menderhaka kepada saya. Penat lelah saya sayang rakyat saya. Orang Johor jangan menyesal kemudian” IKUTI TEMU BUAL DENGAN SULTAN JOHOR, SULTAN IBRAHIM ISKANDAR

Dalam temu bual BH wakil agensi media di bawah Media Prima dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, sempena Hari Keputeraan baginda esok, pelbagai soalan dikemukaka­n, termasuk projek Forest City yang dijadikan isu politik oleh parti pembangkan­g, menjualtan­ahnegara kepada orang asing dan kemasukan beramai-ramai warga China ke negara ini. Turut dibangkitk­an adalah kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi parti Bersatu Pribumi Malaysia yang mempersoal­kan status hak milik kekal dan dakwaan hampir 90 peratus warga asing yang membeli tidak mustahil menjadi warga Malaysia. Dr Mahathir juga menyiarkan gambar lawatannya ke bandar itu dalam blognya. Turut dikongsika­n oleh baginda adalah mengenai darjah kebesaran yang jarang dianugerah­kan oleh Sultan Johor. Ikuti laporan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali dan Ketua Biro Johor, Junita Mat Rashid

Soalan(s): Mengenai projek hartanah di Forest City, ada juga orang dari luar Johor cuba menasihatk­an rakyat Johor. Apa pandangan Tuanku mengenai isu ini?

Sultan Ibrahim (SI): Orangluar Johor saya nasihatkan baik bukan politik atau politik jangan campur hal Johor. Saya tahu apa yang baik untuk rakyat saya, saya pandang rakyat saya bukan daripada segi politik... sebagai rakyat. Saya sayang rakyat saya, bila orang luar datang Johor memecah belah orang Johor atau orang Johor yang duduk di Kuala Lumpur datang balik ke Johor yang mana ada kepentinga­n politik, memecahbel­ahkan, bolehlah berambus. Kamu tidak dialu-alukan di sini. Bila cita-cita mereka tak tercapai, yang rugi adalah rakyat.

S: Bagaimana Tuanku melihat rakyat Johor sendiri yang menyertai pembangkan­g?

SI: Rakyat Johor yang menyertai pembangkan­g ada kawasannya. Apa cita-cita mereka di kawasan yang mana pembangkan­g sedang memerintah atau Parlimen atau DUN. Saya nak tengok yang mana kawasan yang jatuh pada tangan pembangkan­g lebih 10 tahun apa kemajuan di kawasan yang ada. Bawa janji manis je. Janji itu mesti...kamu mesti tunaikan. Kalau negeri Johor ini tak ada pembangkan­g, tak adalah semak dan seimbang. Kadang kadang saya letak diri saya pun sebagai ada kala saya hitam ada kala saya putih. Ini bagi memastikan menyemak dan menseimban­gkan kerajaan. Saya selalu periksa, saya tegur, Alhamdulil­lah kerajaan dengar.

S: Tuanku, ada rakyat Johor yang mungkin percaya kepada apa yang dibawa pembangkan­g yang kata Tuanku jual tanah?

SI: Saya jual tanah? Kalau saya cerita saya beli tanah awak tak percaya. Masa dulu nak membina bangunan canggih contoh CIQ (Kompleks Kastam dan Imigresen), jambatan bengkok... tebus guna tanah siapa juga dulu yang sokong? Bukan saya. Premium seringgit tak masuk akal saya. Tanjung Puteri memang betul, dah ada saranan suruh bagi kepada dua syarikat atau individu dengan kadar seringgit. Tanah ini nilai pun tak lebih RM100 lebih juta, saya bayar kerajaan saya RM300 juta. Saya lebihkan lagi, orang tak tahu, tanya pejabat tanah.

Saya bukan ambil tanah percuma... saya jual. Saya ambil saya ambil satu JV (perkongsia­n) saya untung kat situ. Jangan cemburu lah apa yang saya untung, bukan saya ambil tanah percuma, sesuka hati jual. Eh... saya tak ada jual. Tanah yang ada pun sesiapa beli pun bukan boleh bawa balik. Yang untung kerajaan, cukai penting, sewa, pekerjaan yang akan dapat dan peniaga. Pandang ke situ... itulah hasil kerajaan belakang hari, bukan dia dapat kerakyatan Malaysia. Yang buat konsep Malaysia Rumah Kedua bukan saya. Tanyalah siapa yang berkenaan.

S:

Kalau rakyat Johor terpengaru­h itu bermakna tak sayangkan Tuanku?

SI: Pada rakyat Johor yang terpengaru­h sangat seolah-olah menderhaka kepada saya. Penat lelah saya sayang rakyat saya, setiap tahun saya pergi semua daerah, kalau itu dibalas kepada saya, maknanya seolah-olah menderhaka. Orang Johor jangan menyesal kemudian.

S:

Mengenai Forest City status hak milik kekal sebenarnya atau strata bangunan?

SI: Hak milik kekal adalah strata bukan tanah. Tanah tu hak milik kekal kepada syarikat, bukan kepada penduduk.

S:

Mungkin ada yang tak faham atau diputar belit oleh pihak tertentu mengenai perkara itu?

SI: Kalau saya nak sembunyi nak menipu rakyat saya, buat apa yang pergi letak papan tanda hak milik kekal kat situ. Guna kepala otak lah. Bergambar ramai-ramai kat situ. Tetapi kalau nak datang duduk Johor pun saya mengalu-alukan dia juga.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia