Berita Harian

131 TASKA dikenakan tindakan

-

Sebanyak 131 taman asuhan kanak-kanak (TASKA) dikenakan pelbagai tindakan kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Taska 1984 dan Peraturan Taska 2012 sepanjang 2016.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 10 pengusaha TASKA didakwa di mahkamah dan 53 dibatalkan pendaftara­n.

Katanya, sebanyak tiga TASKA diarahkan ditutup sementara, sembilan disita, 14 dikompaun dan 43 dikenakan amaran bertulis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia