Bekas Pengarah MITI Kelantan dibebas dengan jaminan SPRM
Kota Bharu: Bekas Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Kelantan, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.
Bagaimanapun, Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Samsudin Yusoff, berkata siasatan lanjut dan terperinci kes berkenaan masih dilakukan.
Direman seminggu
Moh Samsudinberkata, bekas pengarah terbabit dikenakan jaminan berjumlah RM100,000.
“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.
Difahamkan, bekas pengarah berusia 35 tahun itu sebelum ini ditahan reman selama seminggu sehingga semalam, bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan nilai berjumlah RM600,000.
Suspek ditahan di pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putrajaya pada Selasa lalu, sebelum dibawa ke Kelantan untuk direman.