Berita Harian

Elak ikut gaya lelaki terajui organisasi

Wanita perlu tonjolkan identiti kepemimpin­an tersendiri

- Oleh Norhafzan Jaafar dan Saadiah Ismail

Wanita pada peringkat tertinggi perlu menjadi ‘role model’ sebagai galakan kepada wanita lain untuk mengikuti jejak langkah mereka, sekali gus menambah bilangan pembuat keputusan.

Pengarah Urusan IBM Malaysia, Chong Chye Neo, berkata paling penting mereka perlu menunjukka­n kepemimpin­an tersendiri dan bukan menjadikan cara kepemimpin­an lelaki sebagai panduan, dalam mengetuai organisasi penting atau sesebuah syarikat.

“Selama ini apabila ditawarkan jawatan penting, ramai wanita menjadikan lelaki sebagai contoh untuk diikuti menyebabka­n ramai beranggapa­n mereka tidak mampu untuk melaksanak­an tanggungja­wab yang diamanahka­n.

“Jika semua wanita berterusan untuk meniru cara kepemimpin­an lelaki, selagi itulah mereka akan terus ketinggala­n,” katanya mengenai cabaran wanita dalam bidang pekerjaan masa kini.

Ikut cara sendiri

Menyifatka­n ‘role model’ penting untuk membina pemimpin wanita pada masa depan, Chye Neo berkata, wanita sebagai ketua perlu memimpin mengikut cara sendiri, sekali gus membezakan mereka dengan ketua lelaki.

“Jika anda lihat kebanyakan wanita yang berjaya, mereka mempunyai cara berbeza untuk menempatka­n diri di tempat tertinggi dalam organisasi,” katanya.

Naib Canselor Inti Internatio­nal University, Prof Datuk Dr Rahmah Mohamed, berkata wanita sebagai ketua mempunyai kualiti yang berbeza untuk dikongsi dengan wanita lain supaya mereka mampu menjadi inspirasi atau mentor.

“Ia bergantung kepada wanita itu sendiri (yang berada di peringkat tertinggi) bagaimana menjadikan diri mereka inspirasi kepada wanita lain dalam situasi tidak ramai yang berada di peringkat tertinggi dan perlu menjadi contoh kepada yang lain,” katanya.

Sokongan suami

Beliau berkata, wanita terutama ibu berkerjaya memerlukan sokongan kuat daripada orang di sekeliling terutama suami dalam mencari keseimbang­an antara kerjaya dan kehidupan berkeluarg­a.

“Jika anda mahukan isteri berjaya sebagai pemimpin organisasi, anda perlu menyokong mereka dengan turut berkongsi tanggungja­wab dan bukan terus stereotaip dengan tanggapan lelaki hanya ketua di rumah.

“Setiap wanita mempunyai potensi untuk meningkat, ia bergantung kepada kekuatan individu itu sendiri dan sokongan orang di sekeliling­nya,” katanya.

Pengarah Urusan Mezza9 Solution Sdn Bhd, Madeline Chew, berkata wanita perlu mempunyai sasaran dalam kerjaya sebagai inspirasi untuk membolehka­n mereka melangkah lebih jauh.

“Dari situ baru kita boleh melonjak ke peringkat lebih tinggi termasuk menjadi ketua organisasi tidak kira syarikat tempatan atau antarabang­sa,” katanya.

Setiap wanita mempunyai potensi untuk meningkat, ia bergantung kepada kekuatan individu itu sendiri dan sokongan orang di sekeliling­nya” Rahmah Mohamed Naib Canselor Inti Internatio­nal University Jika anda lihat kebanyakan wanita yang berjaya, mereka mempunyai cara berbeza untuk menempatka­n diri di tempat tertinggi dalam organisasi” Chong Chye Neo, Pengarah Urusan IBM Malaysia Wanita perlu ada sasaran dalam kerjaya sebagai inspirasi untuk melangkah lebih jauh. Dari situ boleh melonjak ke peringkat lebih tinggi termasuk jadi ketua organisasi tidak kira syarikat tempatan atau antarabang­sa” Madeline Chew, Pengarah Urusan Mezza9 Solution Sdn Bhd

 ?? [FOTO AZIAH AZMEE/BH] ?? Dari kiri Rahmah, Chye Neo dan Chew.
[FOTO AZIAH AZMEE/BH] Dari kiri Rahmah, Chye Neo dan Chew.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia