Berita Harian

Lima negara Islam sepakat kekang ancaman keganasan

Kepentinga­n penyatuan ummah depani cabaran ideologi Daesh

- Oleh Ziauddin Sharuddin dan Adha Ghazali bhnews@bh.com.my

Malaysia serius menyertai komitmen lima negara rakan kongsi Islam dalam mendepani ancaman baharu khususnya membabitka­n penularan ideologi militan Daesh.

Selain Malaysia, komitmen itu disuarakan Qatar, Turki, Pakistan dan Indonesia, susulan mesyuarat berlangsun­g sempena penganjura­n Pameran Antarabang­sa Maritim dan Aeroangkas­a Langkawi 2017 (LIMA 2017), di sini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata perbincang­an antara kelima-lima negara berkisar kepada kepentinga­n penyatuan Islam sebagai ummah serta mencari kaedah mendepani cabaran keselamata­n hari ini seperti radikalism­e, ekstremism­e dan kepenggana­san sebagai satu ketumbukan.

Bincang tiga aspek

Melalui perbincang­an itu katanya, lima negara bersetuju melihat kepada tiga aspek, terutama berhubung ideologi kumpulan militan seperti Daesh dan IS yang memerlukan pendekatan bersifat counter-narrative untuk mematahkan propaganda.

“Jika lima negara ini boleh bermula dengan pengumuman di Malaysia susulan lawatan Raja Salman Abdulaziz Al Saud (Raja Arab Saudi) melalui penubuhan Pusat Keamanan Antarabang­sa Raja Salman (KSCIP), ia dianggap satu perkara penting bagi menunjukka­n IS bukan mewakili Islam.

“Ideologi Daesh bukan menggambar­kan Islam sebagai agama sederhana. Jadi pergerakan global sebegini boleh digembleng lima negara ini yang turut membabitka­n KSCIP,” katanya ketika ditemui selepas menyampaik­an ucaptama sempena Sidang Meja Bulat Ketua Tentera Laut (CNRT) sempena LIMA 2017, di sini, semalam.

Pengoperas­ian bersama

Mengulas Lanjut, Hishammudd­in berkata, lima negara itu turut bersetuju dalam soal pengoperas­ian bersama keperluan aset di mana kelebihan masing-masing dikongsi sebagai pendekatan mengelak pertindiha­n dan pembaziran.

Mesyuarat lima negara rakan kongsi Islam itu berlangsun­g dengan dipengerus­ikan Hishammudd­in bersama Menteri Hal Ehwal Pertahanan Qatar, Dr Khalid Mohammad Al-attiyah dan disertai Timbalan Menteri Pertahanan Kebangsaan Turki, Suay Alpa; Menteri Pengeluara­n Pertahanan Pakistan, Rana Tanveer Hussain dan Pengarah Teknologi dan Industri Pertahanan Indonesia, Brid Jen Dr Pieter Ate.

Semua negara dijangka bertemu sekali lagi pada mesyua- rat rangka kerja yang akan dihoskan Turki di Istanbul Mei depan, sebelum disusuli mesyuarat peringkat menteri di Qatar.

Sementara itu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membentuk pasukan khas memastikan proses penubuhan KSCIP di universiti itu berjalan lancar.

Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr Musa Ahmad, berkata penubuhan KSCIP dirancang dalam tempoh tiga bulan selepas pengumuman itu dibuat.

Berikutan itu katanya, USIM menganggot­ai Jawatankua­sa Khas Penubuhan KSCIP dipengerus­ikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersama Kementeria­n Pertahanan dan Institut Pertahanan dan Keselamata­n Malaysia.

“USIM juga akan menyertai perbincang­an bersama wakil Kementeria­n Pertahanan dan Liga Arab Sedunia dalam pertemuan dengan wakil kerajaan Arab Saudi yang akan berkunjung ke Malaysia, 10 April ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

 ?? [FOTO DANIAL SAAD/BH] ?? Hishammudd­in diiringi Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin (kiri) beramah mesra dengan peserta Sidang Meja Bulat Ketua Tentera Laut sempena LIMA 2017 di Langkawi, semalam.
[FOTO DANIAL SAAD/BH] Hishammudd­in diiringi Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin (kiri) beramah mesra dengan peserta Sidang Meja Bulat Ketua Tentera Laut sempena LIMA 2017 di Langkawi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia