Berita Harian

Syor wujud kerusi Senat P Ramlee di universiti

-

Georgetown: Sempena ulang tahun kelahiran Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee ke-88 semalam, Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) berhasrat mewujudkan kerusi Senat Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee di universiti awam (UA), bagi mengingati sumbangan seniman agung itu kepada negara.

Presidenny­a, Tan Sri Yusoff Latiff, berkata cadangan itu sudah dikemukaka­n kepada sebuah UA di negeri ini dan kini dalam proses rundingan, hasil kerjasama bersama Kelab Peminat P Ramlee Pulau Pinang.

Katanya, kerusi berkenaan akan diberikan kepada seorang profesor terpilih bagi merealisas­ikan hasrat PEMENANG yang ingin memartabat­kan nama tokoh seniman negara itu pada peringkat lebih tinggi.

“Ini adalah usaha PEMENANG dan Kelab Peminat P Ramlee Pulau Pinang bagi memastikan setiap peringkat masyarakat mengingati dan menghargai sumbangan P Ramlee terhadap dunia lakonan, nyanyian dan filem tempatan.

Ikon perpaduan

“Cadangan ini juga bertepatan bagi menonjolka­n beliau sebagai ikon perpaduan yang banyak menghasilk­an filem memartabat­kan setiap kaum di negara ini,” katanya pada sidang media di pejabat PEMENANG, di sini, semalam.

Yusoff berkata, kerusi itu juga akan dibiayai sepenuhnya PEMENANG, selain menaja program membabitka­n dialog, seminar, atau kajian mengenai P Ramlee.

Sementara itu, laman carian Google turut memberikan penghormat­an menerusi Doodle atau lakaran seniman agung itu pada enjin carian internet berkenaan.

Imej P Ramlee dilakar memakai sut petak, bermisai nipis, sambil memegang sehelai kertas di tangan kirinya, alat pembesar suara di tangan kanan dan sebuah gitar yang diletakkan di belakang kerusinya.

P Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih menyumbang lebih 60 karya filem dan menggubah sekitar 250 lagu ketika zaman kegemilang­annya.

Beliau dilahirkan pada 22 Mac 1929 dan meninggal dunia pada 29 Mei 1973.

 ?? [FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] ?? Mohd Yussof menunjukka­n gambar kenangan beliau bersama P Ramlee pada sidang media Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-88 Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee di Georgetown, semalam.
[FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] Mohd Yussof menunjukka­n gambar kenangan beliau bersama P Ramlee pada sidang media Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-88 Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee di Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia