Berita Harian

Semangat Hamilton kekal membara

Pemandu Mercedes mahu rampas semula takhta juara dunia

-

Semangat Lewis Hamilton begitu membara untuk membuka kempen Formula Satu (F1) musim 2017 di Grand Prix (GP) Australia hujung minggu ini dengan bertekad merampas kembali takhta juara dunia susulan persaraan mengejut penyandang juara, Nico Rosberg.

Selepas 10 tahun penampilan sulungnya di Albert Park, Hamilton tiba di litar itu sebagai peneraju sukan itu yang kini berada di bawah pengurusan baharu dan membabitka­n kereta yang lebih besar dan pantas.

Hasrat Hamilton, 32, untuk meraih gelaran juara dunia musim lalu dikecewaka­n Rosberg yang juga rakan sepasukann­ya di Mercedes, yang kemudianny­a mengumumka­n persaraann­ya lima hari selepas meraih kejuaraan dan menyatakan dia begitu tertekan dengan perlumbaan berprestij itu.

Tahun ini, Hamilton akan berdepan cabaran daripada Ferrari dan Red Bull yang dijangka akan menghambat dominasi Mercedes, begitu juga cabaran daripada rakan sepasukan baharunya, Valtteri Bottas.

Tekanan tinggi

Hamilton menikmati jentera generasi baharu yang lebih pantas selaras dengan pengambila­lihan pemilikan sukan itu daripada Liberty Media sekali gus menamatkan era Bernie Ecclestone.

“Saya dapati jentera kali ini lebih fizikal untuk dikendalik­an berbanding sebelum ini,” kata Hamilton yang mengintai gelaran juara dunia buat kali keempat selepas 2008, 2014 dan 2015.

“Ia lebih laju ketika di selekoh. Anda rasai tekanan yang lebih tinggi di tubuh dan juga tengkuk anda. Saya menerima lebam dan bengkak yang tidak pernah dialami sebelum ini.”

Rombakan dan peraturan teknikal membawa kepada jentera dengan tayar lebih lebar sekali gus menjadikan ia lebih bising dan memberikan pemanduan lebih pantas.

Bagaimanap­un, ia bakal mencabar keupayaan semua pemandu pada musim baharu ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia