Berita Harian

Hafieenaz tekad ‘bakar’ Litar Tangkak

- Oleh Syafik Aznan

Kuala Lumpur: Pelumba WL Motorsport­s Racing, Mohd Hafieenaz Mohd Ali bertekad kembali ke prestasi terbaiknya sekali gus terus memberi cabaran dalam perlumbaan kategori CP115 pada Pusingan Kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 di Litar Lumba Tangkak, hujung minggu ini.

Pelumba berusia 31 tahun itu berjaya mencatat keputusan memberangs­angkan pada pusingan pertama di Temerloh apabila menamatkan saingan di tangga keempat untuk mengumpul 13 mata.

Sepanjang tempoh enam tahun yang menyaksika­n prestasi naik turun dalam kariernya bersama Raceline dan AHM sebelum ini, dia kini tampil dengan pasukan baharu dan percaya mampu untuk beraksi dengan lebih baik pada musim ini.

Dibayangi rakan

“Pasukan ini masih baharu, kecil dan masih kurang pengalaman. Namun pasukan ini melakukan persediaan yang lebih sistematik untuk menghadapi perlumbaan.

“Saya gembira kerana menerima tawaran mereka dan berterima kasih kepada pengurus dan pemilik pasukan yang memberi kepercayaa­n kepada saya. Saya akan mencurahka­n pengalaman saya untuk membantu mereka mencipta kejayaan,” katanya.

Mohd Hafieenaz adalah antara pelumba yang dilihat berupaya memberikan cabaran sengit pada peringkat awal kemunculan­nya bersama pasukan Raceline meskipun dibayangi rakan sepasukan yang begitu menyerlah ketika itu, Hafizh Syahrin Abdullah.

Meskipun pasukan Raceline membuat keputusan untuk memberi sepenuh perhatian kepada bintang mereka, Hafizh Syahrin, Hafieezan beralih ke pasukan AHM pada tahun 2011 dan menamatkan saingan di antara 10 pelumba terbaik ketika itu.

Nasib serupa

Hafieenaz menerima nasib serupa apabila pasukan AHM memutuskan hanya beraksi dalam kelas CP130 untuk memberi tumpuan penuh terhadap Mohd Ramdan Rosli yang beralih ke saingan di Sepanyol.

Mengulas lanjut mengenai persaingan di Litar Lumba Tangkak, pelumba kelahiran Perak itu mengakui dia lebih bersedia pada musim ini selepas terpaksa mengharung­i musim lalu secara persendiri­an.

“Dapat berlumba bersama sebuah pasukan yang lengkap begitu menggembir­akan saya terutama selepas terpaksa berhempas pulas sebagai pelumba dan mekanik pada musim lalu.

“Jadi, ini adalah peluang terbaik saya dan saya berharap mampu membuat kebangkita­n semula pada tahun ini," katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia