Berita Harian

Seri pengantin malam

-

Bicara pasal solekan, pastinya terdapat pelbagai jenis, khususnya untuk disesuaika­n dengan aktiviti harian atau majlis yang dihadiri.

Oleh sebab itulah juga, kecantikan dan seri wajah wanita sering kali tampil berbeza-beza kerana mereka kreatif serta gemar menukar gaya solekan mengikut kesesuaian acara dihadiri.

Begitu juga solekan untuk pengantin, tentu ada perbezaan. Solekan majlis akad nikah, misalnya tidak sama dengan solekan ketika bersanding.

Pada majlis pernikahan, lazimnya bakal pengantin akan dipastikan solekannya lebih menjurus menyerlahk­an seri dan keayuan serta tampil feminin, tetapi tidak terlalu kelihatan glamor. Justeru, ia tidak memerlukan solekan yang tebal.

Teknik sesuai

Berbeza pula ketika waktu bersanding. Solekan yang dikenakan perlu lebih menyerlah dan tampil glamor supaya raut wajah yang ditatap pada hari itu tampak anggun dan berseri.

Namun, bagi yang merancang mengadakan majlis persanding­an pada waktu malam atau di dalam dewan, solekannya perlu ditebalkan kepada beberapa bahagian bagi menyerlahk­an wajah.

Jurusolek By Terry, Irene Chua Jia Lim, berkata solekan untuk bakal pengantin diberi fokus lebih kepada mata atau bibir.

Kecantikan akan lebih terserlah bersama padanan warna bersesuaia­n dengan busana pengantin.

“Tugas kami untuk menyerlahk­an sisi kecantikan pengantin dengan menggunaka­n teknik yang sesuai bagi menaikkan aura dan seri mereka,” katanya.

Teknik solekan

Irene berkata, bagi solekan waktu malam, warna yang digunakan lebih cerah dan terang supaya dapat menyerlahk­an lagi wajah seseorang itu.

Penggunaan pembayang mata rona terang dapat menyerlahk­an seri wajah dengan rona gelap malam hari selain mengambil kira kesan gemerlapan cahaya lampu pada majlis yang biasanya diadakan di dalam dewan. Namun, warna terang yang digunakan bukannya yang terlalu bersinar seperti merah dan oren kerana ia akan memberi kesan sebaliknya.

Katanya, untuk teknik solekan semula jadi pengantin memerlukan bedak asas yang ada ton tepat dengan wajah.

“Teknik kontur muka juga penting untuk serlahkan bentuk muka menjadi lebih tajam dan menyerlah,” katanya.

Berkongsi cara solekan pengantin untuk persanding­an pada waktu malam minggu ini,

menampilka­n solekan menggunaka­n produk by Terry.

Untuk bakal pengantin, bolehlah menjadikan ia panduan untuk hari perkahwina­n nanti. Sapukan primer di seluruh wajah.

Kemudian sapukan bedak asas dengan menggunaka­n cod peach biege 5.

Untuk solekan tahan lama, gunakan primer mata sebelum menyapu sebarang solekan.

Gunakan Glow Expert Duo Stick By Terry untuk serlahkan tulang pipi dan tajamkan wajah. Sapukan juga pada bahagian tulang hidung dan ratakan.

Jika anda mempunyai bawah mata yang gelap atau cela, gunakan penyamar noda di sekitar kawasan berkenaan.

Gunakan pensel celak berwarna hitam pada alis mata dan ratakan pada seluruh kelopak.

Untuk penampilan lebih seksi dan menawan, gunakan gincu By Terry Rouge Expert Click Stick. Kemudian tambahkan pengilat bibir Spicy Crush By Terry.

 ??  ?? Aura
Aura
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia