Berita Harian

Ummie Nadirah Mohd Azaha

-

Tarikh lahir: 11

Disember 1997

Tempat lahir: Terengganu

Adik-beradik: Anak sulung daripada empat adik-beradik

Cita-cita: Jurutera Penggerudi­an Kanan

Program pengajian: Sarjana Muda Kejurutera­an Petroleum

Pencapaian:

UPSR : 5A

PMR : 9A

SPM : 11A

CGPA Matrikulas­i: 3.79 CGPA 3.73 lembut itu sebenarnya menggemari aktiviti lasak dan kesukarela­wanan kerana suka akan cabaran serta membantu orang lain terutama golongan yang memerlukan.

“Saya suka aktiviti lasak seperti mendaki gunung sebab ingin mencabar diri untuk melakukan perkara yang sukar.

Aktiviti kesukarela­wanan pula boleh membuat saya berasa lebih tenang kerana ingin menjadi ‘penyebab’ kepada terukirnya senyuman daripada orang ditolong,” katanya.

Beliau tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai program lasak dan kesukarela­wanan yang dianjurkan oleh pihak universiti sekiranya mempunyai masa lapang.

Sementara itu, Ummie Nadirah, berkata, tawaran biasiswa daripada Repsol Malaysia banyak membantu beliau menampung kos sepanjang pengajian.

“Penerimaan biasiswa ini dapat meringanka­n beban ayah saya yang bekerja sebagai buruh, manakala ibu pula tidak bekerja,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia