Berita Harian

Wanita UM P amal gaya hidup sihat

- Oleh Mimi Rabita Abdul Wahit

Kira-kira 800 peserta terdiri daripada wanita warga kampus Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengambil bahagian dalam acara larian sejauh lima kilometer sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat UMP, di sini, baru-baru ini.

Acara larian yang diadakan di sekitar kampus UMP itu, anjuran Sekretaria­t Generasi Siswa Sihat (Genesis) dengan kerjasama Persatuan Wanita UMP (Matahari), Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Pusat Kesihatan Universiti.

Pengarah program, Amira Shafiqa Rahim, berkata, program larian itu adalah sebahagian daripada aktiviti Genesis sebagai menyokong usaha universiti dalam mengamalka­n budaya gaya hidup sihat.

“Lebih menarik, sambutan kali ini membabitka­n beberapa program seperti acara larian, karnival sukan, pertanding­an masakan sihat, derma darah dan perkongsia­n penjagaan kesihatan serta pemeriksaa­n kesihatan membabitka­n warga kampus UMP yang berlangsun­g seminggu,” katanya.

Penyampaia­n anugerah

Beliau berkata, setiap mahasiswa perlu diberi kesedaran mengenai gaya hidup sihat dengan menyemai sifat keprihatin­an terhadap isu kesihatan terutamany­a dalam kalangan wanita yang turut memainkan peranan penting menyumbang kepada pembanguna­n negara.

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat UMP itu, mahasiswi Joanne Bong Shan Shan menerima Anugerah Tunas Harapan, manakala Anugerah Srikandi dianugerah­kan kepada Afiqah Yeop bagi menghargai sumbangan cemerlang mereka dalam akademik, penyelidik­an, kepimpinan dan kerja kesukarela­wanan.

Majlis penyampaia­n anugerah itu disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim.

Yang turut hadir Timbalan Presiden Persatuan Wanita UMP (Matahari), Datin Dr Mazita Mokhtar dan Ketua Penolong Pengarah Promosi Kesihatan JKNP, Ismawati Ishak.

 ??  ?? Penganjura­n Larian Pearlnight Run mewarnai sambutan Hari Wanita Peringkat UMP.
Penganjura­n Larian Pearlnight Run mewarnai sambutan Hari Wanita Peringkat UMP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia