Berita Harian

Sultan Ibrahim mudah didampingi, p

Sultan Johor mahu rakyat bersama pertahanka­n negeri

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof Khamis

Di sebalik wajahnya yang dikatakan garang dan serius, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebenarnya mudah didekati dan peramah terutama dengan rakyat Johor yang sentiasa mendapat tempat istimewa di hati baginda.

Baginda sendiri mengakui orang tidak mengenalin­ya akan menganggap baginda garang, walaupun hakikatnya itu tidak tepat kerana sebagai seorang kelahiran Johor dan dididik dengan semangat perpaduan, baginda gemar mendekati rakyatnya.

Setiap kali baginda ‘turun padang’ dalam majlis rasmi atau tidak rasmi, pasti keberangka­tan Sultan Ibrahim dinanti rakyat yang mahu bersalaman dan tidak lupa mengambil gambar kenangan bersama.

Tidak pernah baginda menolak, malah Sultan Ibrahim yang dikenali ramai sebagai Raja berjiwa rakyat dilihat seronok ‘melayan’ dan memenuhi permintaan rakyat yang sering digelar baginda sebagai Bangsa Johor.

Selain program tahunan yang sudah sebati dengan hati rakyat iaitu Kembara Mahkota Johor, awal tahun lalu juga menyaksika­n buat julung kalinya Sultan Ibrahim berangkat ke acara minum petang bersama Majlis Peguam Johor.

Sikap keprihatin­an

Segenap lapisan dan golongan rakyat yang mahu baginda temui ini jelas membuktika­n sikap keprihatin­an dan ambil berat baginda terhadap rakyatnya selain mahu mengetahui secara langsung masalah atau keadaan setiap rakyatnya.

Selain itu, bersatu hati dan bermuafaka­t dalam membangunk­an Johor menjadi perkara utama yang sering diungkapka­n dalam setiap titah Sultan

Ibrahim yang jelas mahukan perpaduan antara rakyat terus menjadi kekuatan di negeri ini.

Selain titah baginda sendiri yang menjadi ‘alat’ perpaduan rakyat, Sultan Ibrahim sendiri mahu seluruh rakyat Johor bersama baginda dan menyokong setiap aspirasi yang dibawa dalam usaha bersama-sama memastikan Johor terus mencapai kemajuanny­a.

Memetik titah baginda sempena Majlis Perasmian Galeri Darurat Bukit Kepong di Muar, baru-baru ini, jelas Sultan Ibrahim mahu rakyat bersama baginda mempertaha­nkan negeri Johor.

“Selagi saya memerintah negeri ini, saya akan terus mempertaha­nkan negeri Johor. Saya harap semua rakyat akan bersama-sama saya. Jangan pula bila saya toleh belakang, semua orang sudah tidak ada,” titah baginda.

Bukan sekadar satu slogan

Sultan Johor juga pernah bertitah, sebagai seorang raja, baginda akan meneruskan tanggung jawabnya memastikan tiada rakyat Johor yang ketinggala­n ketika negeri melangkah maju.

“Seperti mana yang sering saya tegaskan, di Johor Darul Ta’zim, kita bersatu sebagai Bangsa Johor dan kita akan terus berdiri teguh oleh sebab ikatan perpaduan ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia