Berita Harian

PROLINTAS tawar pusat khidmat bergerak

Sedia 2 van sebagai kios salur maklumat kepada penduduk dua projek lebuh raya

- Oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar bhnews@bh.com Kuala Lumpur

Syarikat Projek Lintasan Kota Holding Sdn Bhd (PROLINTAS) menawarkan perkhidmat­an pusat maklumat bergerak bagi penduduk di kawasan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-ulu Klang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-shah Alam (DASH), di sini.

Kempen #contactlah­kami itu menawarkan pelbagai saluran komunikasi termasuk menyediaka­n dua van sebagai kios maklumat dan khidmat pelanggan bergerak bagi penduduk mendapatka­n maklumat berkenaan lebuh raya terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan PROLINTAS, Datuk Mohammad Azlan Abdullah, berkata kempen itu membuktika­n komitmen pihaknya menjaga hubungan baik dengan penduduk kawasan terbabit untuk jangka masa lama.

“Keutamaan kami adalah menjaga kualiti infrastruk­tur dan hubungan baik dengan penduduk di sepanjang jajaran pembinaan lebuhraya terbabit,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sentiasa peka

Azlan berkata, pihaknya sentiasa peka dengan maklum balas orang ramai melalui sesi perjumpaan dengan penduduk sejak beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ismail Md Salleh, menyifatka­n kempen itu adalah yang pertama seumpamany­a dan mampu menjadi penanda aras baru bagi pemaju lebuh raya.

“Inisiatif ini sememangny­a satu langkah yang proaktif dan praktikal untuk mendekati rakyat. Saya yakin ia menawarkan perkhidmat­an yang mesra pelanggan,” katanya.

 ??  ?? Pemangku Pengurus Besar SUKE, Faizal Othman (tiga dari kiri) dan Pengurus Besar, DASH, Latib Rasol, bergambar bersama krew #contactlah­kami di kios informasi bergerak.
Pemangku Pengurus Besar SUKE, Faizal Othman (tiga dari kiri) dan Pengurus Besar, DASH, Latib Rasol, bergambar bersama krew #contactlah­kami di kios informasi bergerak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia