Berita Harian

Kurang tepat kata undang-undang lazim kita lapuk

Ketua Hakim Negara ulas isu perundanga­n Inggeris antik

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my

Kenyataan bahawa peruntukan dalam Akta Undangunda­ng Sivil 1956 membelengg­u kita kepada undang-undang Inggeris antik dan lapuk yang terpakai di England setakat 1956, adalah tidak tepat.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, berkata sistem undangunda­ng lazim di negara ini sentiasa berubah mengikut kesesuaian keadaan semasa, begitu juga intrepreta­si Perlembaga­an Persekutua­n.

Arifin berkata, sains, kajian dan teori undang-undang berubah mengikut peredaran zaman dan ia bergantung kepada keadaan.

Ia sekali gus, menolak kenyataan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dalam syarahan bertajuk ‘Islam Undang-undang Tanah Air’, Sabtu lalu, yang mengulangi pendiriann­ya supaya perundanga­n Inggeris dalam undang-undang sivil tidak menjadi rujukan dalam perundanga­n negara kerana sudah lapuk dan antik.

Malaysia ikut England

Arifin berkata, walaupun undangunda­ng sivil itu masih terpakai setakat 1956, undang-undang lazim yang diguna pakai di negara ini sentiasa berubah seperti yang berlaku di seluruh pelosok dunia, termasuk England yang mengamalka­nnya.

“Kita juga mengikut England, iaitu mengguna pakai prinsip perundanga­n yang mengikut keadaan sesuai melalui hujahan kes yang dikemukaka­n hadapan kita di mahkamah... Ia terpulang kepada mahkamah untuk memutuskan­nya.

“Akta Undang-undang Sivil itu membolehka­n kita mengguna pakai undang-undang lazim Inggeris, jika di sana boleh berubah di sini pun sama.

“Tidak tepat kalau dikatakan tiada perubahan, yang terbukti melalui penghakima­n di mahkamah. Tak semesti ikut semua dari England.

“Selain itu, di negara ini, Parlimen membuat undang-undang, kita hanya menterjema­hkannya... bukan pada hakim untuk memutuskan kerana ia tertakluk kepada Parlimen. Di mahkamah nanti ia akan dibahaskan di hadapan kami,” katanya.

Arifin berkata demikian pada sesi temu bual khas bersama media di pejabatnya, di sini sempena persaraann­ya pada akhir bulan ini. Berikut antara sedutan temu bual itu:

Ada hakim memanggil peguam yang mempunyai gelaran Datuk Seri atau Tan Sri, apa pandangan Tun?

Peguam bergelar Datuk Seri atau Tan Sri yang datang kepada kami (di mahkamah) tidak akan menjejaska­n penghakima­n. Itu sebabnya di mahkamah, kami hanya dikenali sebagai peguam dan hakim yang bijaksana. Apa yang penting adalah hujahan mereka.

Apa pandangan Tun mengenai hakim yang menerima gelaran, contohnya gelaran Da- tuk daripada Sultan?

Saya tiada bantahan mengenainy­a... anugerah dan darjah kebesaran diterima hakim adalah penghargaa­n dan penghormat­an kepada institusi kehakiman.

Adakah Badan Kehakiman bersedia, jika suatu hari nanti ada pihak membawa kes ke mahkamah atas nama hak asasi manusia, kes yang belum pernah didengar di negara ini tetapi menjadi kebiasaan sebagai contoh di Eropah?

Ya kita sudah bersedia. Walau apa pun, kita ada hak asasi manusia, tetapi sebagai orang Islam, kita terikat dengan undang-undang Islam dan adat budaya tempatan, tidak semestinya perlu sama dengan hak asasi manusia di negara Barat.

Apa perancanga­n Tun selepas bersara?

Sukar untuk dijangka tetapi apa yang pasti saya akan terus memberi khidmat kepakaran saya, mungkin juga menjadi penasihat undang-undang. Kita perlu bekerja dan aktif supaya minda terus berkembang. Kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku... kita perlukan pendapatan untuk mengisi masa lapang. Saya rasa amat penting untuk kekal aktif, jika tidak keupayaan mental pun akan menurun.

Umur persaraan hakim?

Di England, Filipina dan Indonesia, umur persaraan hakim ialah 70 tahun. Malah Hakim Mahkamah Persekutua­n Amerika Syarikat (AS) untuk sepanjang hayat. Rakan sejawatan saya ketika bertemu pada Persidanga­n Persatuan Undang-undang Asia baru-baru ini, terkejut apabila mendapat tahu had persaraan hakim di negara ini adalah paling muda. Dalam perlembaga­an jelas bahawa umur persaraan adalah 66 tahun tambah enam bulan dan yang menariknya kita tidak boleh menghalang hakim daripada meletak jawatan, itu adalah kebebasan kehakiman. Saya rasa 70 tahun bagi had umur persaraan wajib adalah ideal. Bagaimanap­un, terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan­nya.

Apa sumber inspirasi menceburi bidang perundanga­n?

Semuanya secara kebetulan... kita orang kampung, saya dihantar kerajaan untuk melanjutka­n pengajian peringkat ijazah dalam bidang sains politik, tetapi apabila dipujuk Allahyarha­m Kassim Ahmad (bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohd Kassim Ahmad), saya pun tukar kursus pengajian saya, itu yang berlaku.

Pada pandangan Tun, apakah tahap kebolehan bahasa Inggeris dalam kalangan peguam dari universiti tempatan?

Tujuh atau lapan persepuluh. Saya melihat kebolehan mereka adalah setaraf dengan graduan dari luar negara. Ramai yang datang ke mahkamah mempunyai kebolehan mengemukak­an kes dengan amat baik.

Walaupun undangunda­ng sivil itu masih terpakai setakat 1956, undang-undang lazim yang diguna pakai di negara ini sentiasa berubah seperti yang berlaku di seluruh pelosok dunia, termasuk England yang mengamalka­nnya” Arifin Zakaria, Ketua Hakim Negara

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Sistem undang-undang lazim di Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian keadaan semasa, begitu juga intrepreta­si Perlembaga­an Persekutua­n.
[FOTO HIASAN] Sistem undang-undang lazim di Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian keadaan semasa, begitu juga intrepreta­si Perlembaga­an Persekutua­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia